fbpx

Scammer Tidak Akan Mengaku Dirinya Scammer

  • 8 years ago
  • 1Minute
  • 183Words
  • 411Views

Penipu tidak akan mengaku dirinya menipu sekalipun sudah terang-terang dia menipu.

Jika tidak, kerjayanya sebagai penipu akan tamat di situ.

Ingat lagi kes Tok Bomoh scammer kes penipuan emas beberapa tahun lalu?

Kes itu melibatkan billion ringgit, beribu-ribu mangsa, malah ada yang ingin bunuh diri, dan ada yang jadi kes polis – tapi sehingga sekarang ada tak Tok Bomoh scammer tersebut dibawa ke pengadilan dan dia mengaku ia scam?

Tidak ada.

1

Sebab, dia dan wakalah-wakalahnya tidak mengaku ia adalah satu scam penipuan.

Yang mereka dakwa, Tok Bomoh tersebut kena tipu dengan pihak lain yang menjadi supplier emas berkenaan.

Dan ia dijaja oleh wakalah-wakalah emas yang langsung tidak bertanggungjawab atas penipuan yang berlaku sehingga menyebabkan sontotan berjemaah berlaku.

Dan sekarang skim tersebut masih berjalan, dengan model baru tapi kali ini tidak didedahkan di media sosial dan hanya berlegar secara offline kerana mereka tahu mereka akan kantoi jika masuk melalui online.

Skrip sama berlaku kepada Mecca Fund / Mekkah Islamic Hotel dan lain-lain – mereka banyak bergerak secara offline dan kita tersontot sedikit demi sedikit, tapi masih mempertahankan sistem berkenaan dan mendakwa mereka yang ditipu.

Haduyai…

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebesar-besar banglo orang bandar, masih milik bank.... Sekecil-kecil rumah papan…