fbpx

Sebelum Farid Kamil, ada empat orang lain yang menolak untuk berlakon dalam filem ini

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 338Words
  • 650Views

Wah, dahsyat! Baru tahu rupa-rupanya sebelum Farid Kamil, watak Datuk Sri Anwar Ibrahim ditawarkan kepada 4 pelakon Malaysia dan ditolak.

Entah siapakah gerangan pelakon berkenaan, tidak dimaklumkan beliau. Jika beliau tolak, watak tersebut akan diberikan kepada aktor daripada Indonesia.

Terkejut juga apabila saya tahu bahawa filem berkenaan diterbitkan oleh penerbit daripada Indonesia. Ia dijangka siap dan ditayangkan tahun depan.

Kata beliau lagi, mereka juga menghadapi masalah untuk mencari pengarah dan juga kru kerana ramai yang tidak berani terlibat dalam pembikinan filem berkenaan

Walaupun bukan peminat DSAI, saya turut teruja untuk menonton filem ini. Tak mustahil, jika digarap dengan baik, boleh mengejar filem Mat Kilau.

Jika disorot industri filem di Indonesia, kita dapat lihat industri filem di sana jauh ke depan berbanding Malaysia.

Filem berkenaan tokoh dan sejarah politik Malaysia, diterbitkan oleh penerbit Indonesia. Di mana silapnya?

Setiap kali posting berkenaan filem ini, pasti ada sahaja komen sinis berbaur lucah berkenaan liw@t, siapa pegang watak Sukma, siapa jadi tilam dan sebagainya.

Sebelum komen, bayangkan anak cucu kita melihat apa yang kita tulis. Islam ajar kita berlaku adil terhadap semua termasuk musuh.

Saya harap ada pihak buat filem Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Siapa sokong?

Apapun tahniah kepada Farid Kamil yang menerima cabaran tersebut di kala aktor lain menolak.

Teringat kata-kata kalimah keramat DSAI pada era reformasi:

“Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan”.

.

Kita pun boleh buat persediaan untuk menghadapi risiko, dengan takaful dan hibah takaful 😌

Hibah takaful dengan manfaat RM200,000 bagi umur 30 tahun, hanyalah RM46 sebulan

Ya, RM46 sebulan utk manfaat sebanyak RM200,000

  • RM200,000 kematian biasa
  • RM200,000 kematian kemalangan
  • RM200,000 kematian disebabkan penyakit
  • RM200,000 lumpuh biasa
  • RM200,000 lumpuh disebabkan kemalangan
  • RM200,000 lumpuh disebabkan penyakit

Semua ini dengan peruntukan RM46 sahaja sebulan jika umur 30 tahun. Bayatan kekal sampai habis tempoh polisi. Lain umur, lain caruman.

Jika nak tau lebih lanjut, klik link wasap di sini

Asalnya posting ini sampai ayat “Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan” sahaja. Selepas sejam dua, saya tambah posting bukan politik sebab ada orang tak suka saya tulis pasal politk 😌

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Benar sekali. Saya sangat bersyukur mendapat isteri yang tidak merokok.…