fbpx

Takaful | Hibah Kepada Anak Bawah Umur

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 410Words
  • 1272Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

TAKAFUL | HIBAH KEPADA ANAK BAWAH UMUR

Sekiranya duit pampasan takaful yang dihibahkan kepada anak bawah umur dan ketika kematian peserta takaful & orang yang dilindungi, penerima hibah itu masih dibawah umur maka jika duit pampasan takaful itu lebih RM50k, mengikut Akta IFSA2013 (akta759) Seksyen 9(a)(ii)duit tersebut akan dihantar/dijaga/disimpan di Public Trustee Amanah Raya Berhad (ARB)

Ada isu dan masalah jika duit pampasan tersebut di hantar ke Amanah Raya?

Bagi saya tiada isu dan tindakan memasukkan syarikat peramanahan Amanah Raya Berhad ( ARB) keatas penerima hibah yang belum cukup umur itu baik.

Kenapa baik ?

Untuk makluman, Duit tersebut boleh dikeluarkan keseluruhan oleh pemunya( anak bawah umur ) ketika dia berumur 18 tahun . ( Ini selalu diceritakan)

Dalam tempoh sebelum 18 tahun, penjaga boleh mengeluarkan duit tersebut untuk kepentingan dan kegunaan anak bawah umur tersebut .( Ini tidak diceritakan )

Pengeluaran boleh dilakukan untuk:-

1) bayaran nafkah
2) bayaran perayaan
3) bayaran pendidikan
4) bayaran perlindungan
5) kesihatan
6) Dan lain lain berkaitan keperluan anak tersebut

Jika anak bawah umur ada banyak duit dan penjaga nak belikan rumah untuk benefisiri tu pun, Amanah Raya boleh tolong uruskan.

Pihak ARB akan letakkan dalam geran rumah tersebut adalah amanah raya @ penjaga sebagai pemegang amanah kepada budak bawah umur tersebut ( maksudnya pemilik umah tersebut adalah budak bawah umur tu)

Saya pernah terbaca komen
“pernah hantar quotation dengan harapan dapat cash, sekali ARB hantar cek tertulis nama kedai tu…pasrah hatiiiiii”

Di fahamkan pihak ARB akan direct buat cek atas nama kedai tersebut supaya pembelian itu selesai dan dapat direalisasikan dengan mudah serta duit tersebut sampai ke tempatnya.

Selain daripada itu, setiap pengeluaran akan tercatat di ledjer dan FAS akaun amanahnya dan apabila anak telah cukup umur dan anak tersebut tahu ke mana duit yang telah dikeluarka .

Tambahan dimaklumkan terdapat DIVIDEN Compounding keatas duit tersebut jika duitnya lebih RM 1,000.

Untuk dokumen pembelian seperti pembelian basikal, diimaklumkan perlu hantar sebut harga barang tersebut dan dokumen itu penting jika anak bawah umur tersebut telah cukup umur serta ingin mengetahui @mendapatkan bukti pengeluaran

Persoalan
bukankah duit tersebut lebih terjaga dan terjamin keatas budak bawah umur dan boleh dikeluarkan untuk kegunaan Anak bawah umur serta hasrat peserta takaful untuk duit pampasan itu digunakan untuk anak nya dapat dilaksanakan .
.
Yang selalu dicerita ,
Duit anak bawah umur dimasukkan ke Amanah Raya Berhad dan disimpan . Boleh dikeluarkan pada setelah umur 18 tahun .
.
Tapi sebelum umur 18 tahun tidak diberitahu bahawa duit tersebut boleh digunakan untuk keperluan anak bawah umur tersebut .

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kelebihan Sebagai MR 1. Memperkenalkan pelabur kepada platform pelaburan melalui…