fbpx

Sebelum Sertai Bisnes / Pelaburan, Semak Status Patuh Syariah Syarikat

  • 9 years ago
  • 2Minutes
  • 260Words
  • 325Views

Perkara pertama apabila kita ingin menyertai sesuatu program bisnes atau skim pelaburan, sebelum melihat potensi keuntungan ialah faktor patuh syariah.

Dari segi potensi keuntungan, sudah tentu promoter yang mempromosikan program dan skim berkenaan menunjukkan potensi keuntungan yang mengiurkan. Jadi tidak perlu risau sangat akan hal itu.

Perkaa pertama yang perlu kita lihat ialah aspek pematuhan syariah sebab jika sebanyak mana pun keuntungan yang diperolehi ia akan sia-sia sahaja jika tidak patuh syariah a.k.a haram.

Soalan pertama yang perlu ditanya: adakah syarikat tersebut mempunyai penasihat syariah yang memantau urusniaga dan pelaburan yang ditawarkan?

Jika ada, dapatkan pengesahan bahawa urusniaga syarikat tersebut mematuhi parameter syariah yang digariskan, bukan sekadar penasihat sahaja tapi syarikat masih menjalankan urusniaga tidak patuh syariah.

Jika ia lulus, maka boleh sertai.

Bagaimana jika syarikat tiada penasihat syariah?

Jika tiada, ada dua pilihan.

Pilihan pertama, tidak perlu sertai kerana dikhuatiri tidak patuh syariah.

Pilihan kedua, kita ambil tindakan yang proaktif kerana ketiadaan penasihat syariah tidak bermakna syarikat tersebut tidak patuh syariah.

Boleh lakukan sedikit survey terhadap operasi syarikat tersebut dan rujuk kepada para ilmuan yang berada dalam bidang muamalat.

Bukan sekadar tanya di Google atau rujuk “ustaz” yang sudah mengaut keuntungan dalam syarikat tersebut.

Jika benar-benar serius untuk mencari rezeki yang halal, usahakan sedikit untuk membuat kajian supaya tidak timbul isu di kemudian hari.

Jika berjumpa pandangan-pandangan yang kuat untuk mengatakan bahawa ia tidak patuh syariah, maka elakkan dari sertainya.

Jika tiada sebarang isu syariah, maka sertainya dengan harapan tiada sebarang isu syariah timbul di kemudian hari.

Tip ini terpakai untuk semua jenis bisnes dan pelaburan.

Wallahua’lam.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
3 Oktober 2014 - Veni, Vedi, Vici! — at អាកាសយានដ្ឋានអន្តរជាតិភ្នំពេញ…