fbpx

Sejauh Manakah Masa Depan Pelaburan Bitcoin dan Kripto?

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 471Words
  • 535Views

Malam tadi selesai program Borak & Membawang dengan topik berkaitan Bitcoin & Kripto, bersama Tuan Azizi Ali Mentor Wang. Boleh tonton video rakaman di bawah.

Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang saya dapat daripada sesi semalam.

Untuk makluman semua, konsep program #BorakMembaWang dariapada siri pertama hingga semalam, soalan-soalan yang dikemukakan adalah daripada penonton. Saya hanya mengemukakan satu atau dua soalan yang berkaitan tajuk, dan kemudian soalan-soalan seterusnya adalah daripada para audien.

Walaupun ada yang mengatakan perkara yang dikongsi sangat basic dan ada yang mengatakan ia outdated bagi mereka yang sudah advance, tapi bagi saya serta ramai lagi yang tidak ada sebarang ilmu tentang Bitcoin dan Kripto, banyak mendapat input baru.

Tuan Azizi Ali bukan calang-calang orangnya. Beliau sudah menceburi bidang pelaburan Bitcoin dan berkongsi sejak tahun 2017 lagi. Ketika itu Bitcoin mula-mula trending dan ada banyak kritikan terhadap matawang digital ini.

Saya kenal beliau melalui buku “Jutawan Daripada Planet Jupiter”, buku kewangan bahasa Melayu pertama yang baca, lewat 18 tahun lalu. Buku ini saya beli dan baca dari kulit ke kulit pada tahun 2003 sebaik sahaja saya grad daripada UIAM dan banyak membuka mata saya apabila menceburi bidang kewangan.

Saya pernah tulis berkenaan beliau dan Bitcoin pada tahun 2017, yang masih boleh dibaca di blog saya. Klik di sini

Antara yang saya tulis ketika itu:

“Saya percaya maklumat-maklumat yang dikongsi beliau tentang Bitcoin. Banyak yang sudah dikongsi beliau melalui tulisan beliau dan juga beberapa siri video live.

Cuma dalam bab muamalat dan isu patuh syariah, saya simpan sedikit apa yang beliau komen. Tuan Azizi pernah berikan komen beliau melalui salah satu video live beliau. Namun dalam hal ini, saya menunggu-menunggu keputusan rasmi dari badan-badan berautoriti untuk mengeluarkan fatwa rasmi tentang Bitcoin.

Walaupun hati meronta-ronta untuk menyertai pelaburan BItcoin ini, buat masa sekarang saya tangguhkan dahulu sehingga ada keputusan rasmi tentang hukum Bitcoin”.

Alhamdulillah, pada tahun 2021 sudah semakin ramai alim ulama, pakar mualamat malah termasuk mufti sudah keluarkan pandangan mereka tentang perkara ini. Bukan setakat di Malayasia malah di seluruh dunia.

Secara umumnya, dalam isu ini ada 2 pandangan yang ada:

1. Bitcoin dan Kripto adalah matawang, maka hukum hakamnya akan mengikut hukum hakam berkaitan item ribawi seumpama wang kertas, emas dan perak.

2. Bitcoin an Kripto bukan matawang, maka hukum hakamnya tidak seketat item ribawi.

Rata-rata alim ulama di Malaysia berpandangan bahawa ia bukanlah matawang, maka hukum hakamnya tidak tertakluk seperti item ribawi yang ketat dan ia tidak menjadi seumpama pertukaran wang asing seperti hukum forex trading online.

Bitcoin dan Kripto dianggap sebagai komoditi yang bukan item ribawi dan dikira sebagai aset digital.

Antara patform yang mendapat lesen di Malaysia dan disahkan patuh syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti ialah Luno.

Boleh downolad aplikasi Luno dan dapatkan RM25 dalam e-wallett dengan klik di sini

InsyaALLAH topik ini akan dikupas lebih lanjut dalam sesi

#BorakMembaWang minggu hadapan.

Teka, siapakah panel kita akan datang?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Siapa pernah dengar atau survey project ni? First time saya…