fbpx

Selepas Tamat Moratorium

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 523Words
  • 481Views

Moratorium dah hampir tamat, apa nak kena buat?

1. Buat rekod aliran tunai yang sebenar.

Apa maksudnya? Selama 6 bulan aliran tunai kita bukanlah aliran tunai yang sebenar sebab tak perlu bayar hutang. Kajian Bank Negara Malaysia pada 2018, purata nisbah hutang rakyat Malaysia adalah 35% daripada gaji. Jika kakitangan awam, jumlahnya ialah 47%!

Bayangkan selama 6 bulan kita sudah terbiasa tak bayar hutang yang sepatutnya kita bayar, tiba-tiba kena bayar dalam keadaan tak betul-betul bersedia? Tentu memberi kesan besar dalam kewangan.

2. Semak perbelanjaan, kawal dan kurangkan

Sepanjang moratorium, mungkin ada perbelanjaan yang terlebih disebabkan duit lebihan tadi. Jadi, semak balik untuk dikawal dan kurangkan jika boleh.

Jika ada perbelanjaan yang terlebih yang dibuat sepanjang moratorium, cepat-cepat semak sama ada ia keperluan atau kehendak semata-mata. Jika kehendak, boleh batalkan untuk akan datang.

3. Buat penstrukturan (restructure) atau pembiayaan semula (refinance) hutang, jika perlu.

Kedua-dua perkara ini boleh mengurangkan bebanan aliran tunai setiap bulan, tapi dalam masa sama ia hanya menambahkan komitmen hutang jangka masa panjang dan menambah tempoh bayaran balik. Hanya lakukan jika perlu.

Sebaiknya buat penilaian pro dan kontra setiap pilihan yang ada. Bimbang nanti, keluar dari mulut harimau, masuk mulut buaya.

4. Jangan mudah-mudah nak buat hutang baru.

Ini paling penting. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan untuk buat hutang. Saya tahu, OPR, BFR sedang rendah sekarang. Ia bukan alasan kukuh untuk buat hutang baru.

Jika ia hutang berbentuk pelaburan seperti ASB Financing atau hartanah, boleh dipertimbangkan. Namun ia berbalik kepada ilmu pelaburan yang kita ada, bukan melabur membuta tuli.

5. Semak kembali nilai aset dan baki hutang piutang yang ada.

Ini penting untuk kita lihat sejauh mana jumlah simpanan kita bertambah sepanjang moratorium dan baki hutang yang masih ada. Berapakah hutang yang bertambah disebabkan moratorium.

Adakah kita berjaya kumpul simpanan sepanjang moratorium dgn lebihan yg ada? Bagaimana pula baki hutang yg tinggal? Semak dengan bank baki hutang terkini supaya tidak terkejut, terutama hutang rumah.

6. Pelbagaikan sumber pendapatan

Walaupun ramai yang terkesan dek kerana krisis ini, dalam masa sama ramai juga kita dengar cerita tentang kejayaan sebahagian orang kita yang berjaya mencipta peluang kerjaya dan menambah pendapatan sepanjang PKP dan krisis kali ini, terutama perniagaan online.

Apabila kita berjaya kurangkan perbelanjaan dan tambah pendapatan, maka kita ada lebihan untuk disimpan dan dilaburkan.

7. Letak sasaran simpanan kecemasan dan mulakan.

Jika selama ini anda tak pernah bersedia dengan dana kecemasan, jadikan krisis kali ini sebagai pengajaran berguna. Belajar untuk mulakan simpanan daripada sekarang.

Jika sepanjang moratorium anda sudah dibiasakan dengan duit lebihan dan berjaya disimpan, teruskan norma baru tersebut.

8. Tambah ilmu kewangan, bina mindset kewangan yang baru

Sepatutnya ini adalah tip No 1, tapi sengaja saya letakkan di akhir sekali supaya rakan-rakan pembaca dapat ingat dan praktiskan terus. Kita kena sedar, majoriti rakyat Malaysia mempunyai tahap kesedaran dan literasi kewangan yang rendah. Jadi, utk mengelakkan kita menjadi sebagaimana rakyat Malaysia lain, tambah ilmu kewangan.

Antara ilmu kewangan yang kita boleh pelajari, ialah melakaui buku Bijak Merancang Wang #bukuBMW yang baru dilancarkan.

Harega Super Palestin, hanya 37 sahaja dan istimewa untuk 1000 pembeli pertama, anda akan dapat rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang 2020. Durasi sepanjang 5 jam, boleh tonton sampai lebam.

Klik www.bukuBMW.com dan buat pre-order.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Mueez Ahmad DUIT BANYAK TAPI TAK BOLEH…