fbpx

Duit Banyak Tapi Tak Boleh Ambil Takaful

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 287Words
  • 500Views

Dipetik dari FB Mueez Ahmad

DUIT BANYAK TAPI TAK BOLEH AMBIL TAKAFUL

Hampir semua orang yang dah ada penyakit nak ambil takaful.
..

Tapi tak semua yang dah ada sakit akan diluluskan permohonan takaful mereka.
..

Permohonan akan menjadi lebih sukar kerana pihak syarikat akan meminta pemohon membuat medical checkup dan ujian berkaitan.
..

Proses memohon tuntutan juga akan menjadi lebih sukar jika peserta mempunyai penyakit sebelum permohonan takaful dibuat.

Masih ingat kisah seorang yang bergelar Datuk dengan kes ‘prudental’nya?
..

Jika dah berpenyakit, terdapat 5 kemungkinan yang akan berlaku apabila membut permohonan takaful.

1 – Permohonan diterima.

Jika penyakit tidak terlalu teruk, syarikat masih boleh menerima permohonan.

Walubagaimanapun, terdapat klausa dalam polisi yang mengatakan syarikat takaful TIDAK melindungi penyakit sedia ada.

2 – Permohonan diluluskan dengan kenaikan bayaran.

Syarikat menerima permohonan dengan menaikkan sumbangan / bayaran. Kenaikan sesuai dengan risiko yang ditanggung oleh peserta takaful.

3 – Permohonan diluluskan dengan berlakunya pengecualian.

Permohonan diluluskan tetapi tidak melindungi musibah yang disebabkan oleh penyakit tersebut.

4 – Permohonan diluluskan dengan adanya kenaikan bayaran dan pengecualian sekaligus. No 2 + no 3.

5 – Permohonan ditolak

Permohonan yang mempunyi penyakit terutama sakit kronik biasanya akan ditolak permohonannya oleh syarikat.
..

Ini bukanlah satu bentuk penindasan terhadap orang sakit. Tetapi ia adalah salah satu cara untuk melindungi dana para peserta secara adil dan tidak menzalimi mereka.
..

Cuba bayangkan jika semua pesakit yang dah ada penyakit dibenarkan ambil takaful.

Dana perlindungan akan cepat habis disebabkan tuntutan yang banyak kerana kebanyakan pesertanya telah mempunyai penyakit.

Orang ramai pula hanya akan ambil takaful apabila dah ada sakit.

Sebab itulah penyertaan takaful dikawal.
..

Takaful hanya untuk orang sihat. Namun, orang yang tidak sihat masih boleh mencuba.

Oleh itu, ambilah takaful diusia muda ketika belum ada penyakit.

—-
Mueez Ahmad
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
1. Satu kajian di US mendapati bahawa kadar penceraian seiring…