Semakan CCRIS di Mycreditinfo

Awal tahun sebegini, elok sangat kali kita buat semakan CCRIS. Kemudian kita pantau sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk melihat pencapaian kita dari masa ke masa.

Ada beberapa platform yang boleh kita dapatkan maklumat CCRIS. Antaranya ialah melalui perkhidmatan eCCRIS yang disediakan oleh BNM sendiri, tapi perlu ke cawangan BNM atau AKPK untuk mengaktifkannya. Ya, anda kena pergi BNM / AKPK. Nak pergi kena bawa kenderaan sendiri, atau pakai kenderaan awam. Cari parking, ambil nombor giliran, tunggu dan dapatkan PIN untuk aktifkan. Ya, ia percuma. Anda hanya perlu bayar kos petrol, parking, tol, saman (jika ada) sahaja.

Ada cara lain iaitu menggunakan platform online 100%. Boleh gunakan handphone dan di hujung jari sahaja. Kosnya hanya RM15 sahaja.

KLIK link ini dan ikuti langkah demi langkah dalam posting ini; mycreditinfo.com.my Platform ini disediakan oleh RAM Credit Information (RAMCI) yang mendapat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia untuk menyediakan servis ini. Berdasarkan laporan CCRIS yang pernah saya buat melalui platform lain sebelum ini, report daripada RAMCI ini lebih komprehensif. Ia mengandungi

1. Laporan CCRIS sebagaimana yang biasa kita perolehi daripada platform lain.

2. Skor kedudukan kewangan anda.

3. Laporan maklumat kredit institusi kewangan dan bank. Biasanya jika melalui eCCRIS BNM, maklumat 1 hingga 3 sahaja. Tapi melalui RAMCI, kita boleh dapat lebih banyak maklumat seperti berikut:

4. Maklumat pegangan saham syarikat dari SSM

5. Maklumat skim potongan ANGKASA bagi kakitangan awam.

6. Maklumat berkaitan bankrapsi

7. Maklumat berkaitan hutang PTPN. Haaaa! Jangan main-main. Bank boleh tau dah sekarang ni sama ada kita masih ada hutang PTPTN yang tak mansuh-mansuh lagi. CCRIS biasa tak ada maklumat PTPTN ni.

8. Maklumat berkaitan pinjaman bukan institusi kewangan. Biasanya dalam CCRIS, maklumat pinjaman dengan institusi kewangan sahaja. Tapi kali ini yang bukan kewangan pun. Contoh dengan AEON Credit, BMW Financial Services dll.

9. Maklumat pinjaman dengan koperasi pun ada!

10. Maklumat berkaitan “proceeding” mahkamah pun ada juga selain bankrapsi.

11. Jika ada pihak akses maklumat kita, pun kita boleh tahu. Memang WOW, laporan ini. Boleh follow langkah seterusnya.

Mula-mula klik mycreditinfo.com.my

1. Kemudian masukkan nama dan nombor IC.

2. Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Request / Resend OTP”.

3. Code OTP akan dihantar melalui SMS dan perlu dimasukkan,

4. Masukkan password. Jangan tiru password saya. Hoho! Klik SIGN UP

5. Akan keluar bahagian “Answer Security Question”

Kena jawab la soalan-soalan ini.

6. Selesai menjawab, klik next.

7. Ambil gambar IC depan belakang dan submit. Masukkan alamat rumah

8. Masukkan alamat rumah dan klik “NEXT” 

9. Pilih pakej yang kita mahukan.

Ada 2 yg utama;

1. JagaMYID (RM53)
2. Personal Credit Report PLUS (RM15.90)

JagaMYID akan dapat semua ini dalam masa setahun dan 2 laporan Personal Credit Report PLUS yang berharga RM15 tadi secara percuma.

Satu lagi, Personal Credit Report Plus (CPRP), hanya RM15.90 sahaja.

10. Jika klik CPRP, akan sampai ke bahagian payment gateway, klik checkout utk membuat pembayaran

11. Buat pembayaran melalui kaedah yang sesuai.

MUDAH kan?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com