Seminar Kewangan – Mini Seminar Bijak Merancang Wang & Klinik Takaful
Program seminar kewangan yang memberi kesedaran dan kefahaman dalam Siri Bijak Merancang Wang (BMW) & Klinik Takaful.
“Tuan, saya sudah langgan polisi takaful 15 tahu lalu dengan bayaran bulanan RM80 sebulan. Coverage sangat kecil berbanding apa yang Tuan kongsikan tadi. Apa nak buat sekarang”, tanya salah seorang peserta program seminar kewangan dalam Siri Bijak Merancang Wang (BMW) & Klinik Takaful siang tadi.
Soalan, dijawab dengan soalan. Ini cara mudah untuk berikan kefahaman kepada peserta
“Tuan ada beli kereta 15 tahun? Adakah Tuan pakai kereta yang sama atau Tuan ada kereta lain?
Jawabnya;
“Kereta lama masih ada, tapi saya ada kereta lain juga sekarang”
Saya bertanya lagi;
“Bagaimana dengan handphone Tuan, adalah masih pakai yang 15 tahun dahulu?”
Responnya pantas;
“Oh, tidak”
Respon saya selepas itu menerangkan keperluan takaful biar seiring dengan situasi terkini kewangan kita.
Dalam masa 15 tahun, macam-macam perkara yang sudah berlaku.
- Pendapatan meningkat.
- Komitmen kewangan meningkat.
- Hutang bertambah.
- Status juga berubah, dari bujang kepada sudah berkeluarga.
- Dari berdua, mungkin sekarang sudah berlima.
Dalam masa sama, banyak keperluan hidup kita “update” berdasarkan kehendak dan keperluan semasa.
Begitu jugalah dengan keperluan takaful, biar seiring dengan keperluan kewangan semasa.
Akhir sekali, saya cadangkan kepada beliau untuk review polisi dan boleh tambah polisi berdasarkan kedudukan kewangan semasa.
Ia juga apa yang saya praktikkan. Polisi pertama yang saya langgan pada tahun 2006 dengan sumbangan bulanan RM52.50 masih kekal sehingga sekarang.
Ini ialah sebahagian sesi yang berlangsung siang tadi dalam siri Mini Seminar Bijak Merancang Wang & Klinik Takaful anjuran INFAQ Consultancy #TeamTakaful Melaka.
Ia program baru yang kami anjurkan sebagai sumbangan kami untuk tanggungjawab sosial.
InsyaAllah akan dianjurkan pada bulan hadapan di pejabat INFAQ Consultancy.
Objektif dan pengisian program ini ialah;
1. Memahami perancangan kewangan menggunakan modul INFAQ
2. Menganalisa keperluan takaful berdasarkan kedudukan kewangan sendiri
Ia diadakan selama 2 jam.
Berminat untuk sertai? Boleh berikan komen tanda berminat.
Ingin adakan di lokasi anda? Boleh berikan komen juga.
Sangat sesuai dianjurkan untuk korporate, syarikat swasta, jabatan kerajaan, guru-guru sekolah, pensyarah IPT serta NGO di sekitar Lembah Klang terutamanya.
Sumber dari Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran