Semua Orang Tak Faham Forex – Geng Forex

Sejak daripada dulu mereka selalu gunakan hujah ini.

Dalam video Dr Zaharuddin Abd Rahman yang berceritakan tentang forex trading haram, mereka kata Dr UZAR tak faham forex. Walhal beliau diiktiraf kepakarannya dalam bidang kewangan.

Dalam video Dr Aznan yang berkongsi bagaimana mekanisme perbankan Islam menjalankan forex secara patuh, mereka kata Dr Aznan tak faham forex,. Walhal beliau penasihat syariah bank-bank Islam.

Dalam sesi diskusi Majalah Labur bersama dengan Prof Nik Rahim, mereka kata Prof Nik tak faham forex. Walhal Prof Nik juga pernah jadi forex trader.

Dalam sesi semalam, mereka kata saya tak faham forex.
Mereka kata para agamawan tak faham forex
Mereka kata mufti tak faham forex.
Mereka kata pakar agama tak faham forex
Mereka kata muzakarah fatwa tak faham forex.

Pada mereka, hanya forex trader sahaja yang faham forex. Itu pun forex trader yang masih aktif buat tarde sahaja yang faham. Kalau ada forex trader yang dah berhenti sebab menerima nasihat Mufti, mereka akan kata dia tak faham forex trading.

Beginilah, jika rakan-rakan komuniti forex yakin hujah itu, teruskan sahajalah dengan forex. .

Kalain boleh gunakan hujah tersebut di akhirat kelak.

Tak mustahil kalau Diva AA yang jadi forex trader, dia akan guna hujah:

“Malaikat Munkar Nakir tak faham forex”.

Saksikan penerangan secara live “Kenapa forex trading haram bolehkah ia jadi patuh syariah?”, oleh Dr Hj Razli Ramli (penasihat syariah dan bisnes kewangan Islam)

http://bukubmw.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
“Hukum tanam pokok ketum dan minum air ketum adalah harus!”…