fbpx

Seven Steps to Financial Abundance ( 7 Langkah Membina Kejayaan Kewangan )

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 756Words
  • 664Views

Ilmu ini saya perolehi 9 tahun lepas dari dari buku Self Made MIllionaire, tulisan Adam Khoo. Buku ini pernah diterjemah dalam Bahasa Melayu oleh PTS dengan tajuk “Bagaimana Saya Menjadi Jutawan”.

Saya beli buku ini 9 tahun lepas, dan hingga sekarang ia menjadi antara “kitab” rujukan saya dalam ilmu kewangan.

Tahun-tahun pertama saya baca dan praktikan ilmu dari buku ini, saya belum berani-berani berkongsi kepada public. Hanya selepas 9 tahun saya berani untuk kongsikan selepas melihat dan merasai sendiri hasilnya.

Saya mulakan dengan berkongsi konten asas dalam buku ini tentang Tujuh Langkah Membina Kejayaan Kewangan atau dalam buku ini disebut “Seven Steps to Financial Abundance”, untuk manfaat rakan-rakan semua.

LANGKAH 1: MULAKAN DENGAN MINDSET JUTAWAN

Modal utama dalam kewangan bukanlah wang yang banyak. Berapa ramai orang yang mendapat wang yang banyak tapi akhir sekali hilang begitu sahaja.

Orang biasa melihat masalah dan kegagalan sebagai satu bentuk kekecewaan, tapi jutawan melihat ia sebagai peluang.

Modal utama kejayaan dalam kewangan ialah mindset yang betul. Ramai jutawan bermula dari keluarga miskin, akhirnya menjadi jutawan.

Tidak perlu pergi jauh, ramai tokoh-tokoh di Malaysia mempunyai cerita yang sama, sebagai contoh Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, Boon Siew Honda dan lain-lain.

Perkara yang sama mereka adalah; mempunyai mindset jutawan. Ada 9 mindset jutawan, insyaALLAH saya akan huraikan pada masa akan datang.

LANGKAH 2: MEMPUNYAI MATLAMAT KEWANGAN YANG JELAS

Selepas mempunyai mindset kewangan yang betul, seterusnya kita perlu memiliki matlamat kewangan yang jelas.

Contohnya, jika sekarang pendapat kita RM3,000 sebulan, kita perlu mempunyai matlamat yang jelas untuk meletakkan jumlah pendapatan yang kita ingin dan bila ia dicapai.

Contohnya pendapatan RM10,000 dalam masa 3 tahun.

Lebih jelas dan detail, lebih bagus. Jika dapat diterjemahkan dalam bentuk vision board dan vision statement, lebih bagus.

Ada beberapa tahap kewangan yang perlu kita ketahui untuk mengukur tahap kewangan kita:
1. Financial stability (kewangan yang stabil),
2. Financial security (kewangan yang terjamin),
3. Financial freedom (kebebasan kewangan), dan
4. Financial abundance (kewangan melimpah ruah).

LANGKAH 3: MEMBUAT PERANCANGAN KEWANGAN

Tidak ada orang yang merancang untuk gagal, tapai ramai orang gagal untuk merancang.

Matlamat kewangan tanpa perancangan rapi, hanyalah sebuah mimpi.

Ia perlu disertakan bersama dengan tindakan barulah ia boleh menjadi realiti.

Apabila kita mempunyai sasaran untuk meningkatkan pendapatan dari RM3,000 kepada RM10,000 dalam masa 3. kita perlu ada plan perancangan ke arah itu.

Jika tidak ada plan perancangan, ia hanyalah ibarat Mat Jenin edisi lama. Tahun 2019, kita perlu menjadi Mat Jenin edisi Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal yang kacak, bergaya dan mempunyai visi dan misi dalam hidup seterusnya mengambil tindakan.

LANGKAH 4: TINGKATKAN PENDAPATAN DENGAN PANTAS

Kebanyakan orang, selepas meletakkan matlamat yang jelas dan menyusun plan kewangan, akan rasa matlamat itu terlampau besar dan seolah-olah sukar mencapai matlamat tersebut.

Justeru, kita perlu belajar bagaimana caranya untuk meningkatkan pendapatan kita dengan cara yang pantas dan cepat.

Peningkatan yang dimaksudkan bukan sekadar peningkatan 10% ke 20% tapi 10 ke 20 kali ganda!

Ada beberapa teknik yang dikongsikan dengan pelbagai contoh bagaimana ia dapat direalisasikan tanpa perlu memakan masa dan tenaga yang panjang. Hanya perlu ubah mindset dan cara kerja.

LANGKAH 5: KURANGKAN PERBELANJAAN

Ketika saya membaca tajuk bab ini, rasa semacam nasihat biasa-biasa.

Tapi hakikatnya inilah salah satu langkah bagaimana orang-orang hebat membina kekayaan mereka.

Jika hanya bijak meningkatkan pendapatan tapi masih gagal dalam baba urus kewangan, ia hanya akan jadi seperti “rat race” atau perlumbaan tikus.

Kerja lebih banyak, pendapatan lebih banyak tapi hanya kekal di kedudukan kewangan yang sama. Seperti pepatah Melayu “Makin besar periuk, makin besar keraknya”.

Ada strategi untuk mengurangkan perbelanjaan tanpa perlu mengubah cara hidup dan gaya hidup sedia ada.

LANGKAH 6: GANDAKAN WANG

Selepas melakukan langkah 5; menambah pendapatan dengan pantas dan langkah 6; mengurangkan perbelanjaan – maka secara automatik kita mempunyai lebihan wang yang banyak untuk dilabur dan diguna untuk menambah kekayaan.

Langkah 5 dan 6 adalah usaha dari pendapatan aktif dan langkah 6 ialah pendapatan pasif.

Wang bekerja untuk kita, barulah kita dapat menambahkan wang berkali ganda tanpa perlu mengorbankan masa yang banyak.

Para jutawan tahu strategi bagaimana wang bekerja untuk menggandakan wang, sebab itu mereka jadi jutawan.

LANGKAH 7: LINDUNGI MESIN WANG

Apabila kita sudah sampai ke langkah ke-6, kita seolah-olah mempunyai mesin cetak wang sendiri.

Jadi kita perlu melindungi “mesin” tersebut supaya ia terus-menerus menjana kekayaan dan kewangan.

Ia meliputi perancangan cukai, perancangan zakat, perancangan takaful, perancangan harta pusaka dan lain-lain.

Semua perancangan ini diperlukan untuk memastikan kewangan dan kekayaan kita kekal dilindungi dari sebarang risiko dan musibah sepanjang hayat dan mampu diwarisi dari generasi ke generasi seterusnya memberi manfaat kepada ummah.

Itulah 7 Langkah Membina Kejayaan Kewangan.

Jika ia bermanfaat, boleh kongsi-kongsikan kepada rakan-rakan lain.

InsyaALLAh saya akan sambung jika ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Keratan akhbar 6 tahun lepas, tahun 2013. Keluar dalam memories…