Slot kewangan untuk suami: Pengalaman pertama di Masyeclass MySakinah

Saya baru selesai sesi bersama peserta Masyeclass MySakinah, sebuah portal rumah tangga yang semakin berkembang sebagai pusat rujukan keluarga moden.
Portal ini menghimpunkan 20 orang pakar daripada pelbagai cabang rumah tangga. Uniknya, setiap cabang mempunyai dua panel berasingan, satu khusus untuk kumpulan suami, dan satu lagi khusus untuk kumpulan isteri.

Saya diberikan amanah untuk mengendalikan slot kewangan untuk suami. Sementara itu, bagi kumpulan isteri, tanggungjawab kewangan dipegang oleh Pn Hjh Rohani, seorang pakar berpengalaman dalam bidang ini.
Selain kewangan, program ini juga menyentuh pelbagai topik lain yang dekat dengan kehidupan berumah tangga, antaranya komunikasi, perhubungan, keibubapaan, seksualiti, dan banyak lagi.
Terus terang, ini merupakan tanggungjawab besar buat saya. Inilah kali pertama saya dilibatkan dalam program rumah tangga yang melibatkan ramai pakar dalam satu platform. Ia benar-benar sesuatu yang baharu bagi saya, malah agak mencabar kerana audiennya sangat khusus, iaitu para suami.

Namun pada masa sama, saya menganggap peluang ini sebagai satu ruang untuk berkongsi pengalaman dan ilmu kewangan yang boleh membantu para suami menjadi pemimpin kewangan yang lebih baik dalam keluarga.
Insya-Allah, bulan hadapan akan berlangsung episod ke-5 slot saya dalam siri ini.
Saya sendiri tidak sabar untuk terus berkongsi, mendengar soalan daripada peserta, dan melihat bagaimana topik kewangan ini memberi kesan kepada kehidupan rumah tangga mereka.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

