fbpx

Soal Jawab Pusaka: Berbeza Agama/ Penceraian/ Anak Angkat

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 225Words
  • 463Views

Dipetik dari FB INFAQ Consultancy

SOAL JAWAB PUSAKA

[BERBEZA AGAMA / PERCERAIAN /ANAK ANGKAT]

SOALAN: [ BERBEZA AGAMA ]

Saya telah menganut agama Islam dan ibubapa masih beragama Buddha. Adakah ibu bapa saya akan mewarisi harta pusaka saya selepas saya meninggal dunia nanti?

JAWAPAN:

Hanya orang Islam boleh mewarisi daripada orang Islam. Oleh kerana ibubapa anda bukan Islam mereka tidak boleh mewarisi daripada anda.

SOALAN: [ PERCERAIAN ]

Saya telah bercerai dengan isteri saya 5 tahun lepas. Bolehkah bekas isteri saya menuntut hak terhadap harta pusaka saya apabila saya mati nanti?

JAWAPAN:

Tidak. Bekas isteri tidak berhak mewarisi dari bekas suaminya.

SOALAN: [ ANAK ANGKAT ]

Saya anak angkat. Ibubapa angkat saya masih lagi hidup. jika mereka meninggal dunia nanti, bolehkan saya mewarisi harta pusakanya memandangkan ibubapa angkat saya tiada anak kandung?

JAWAPAN:

Tidak. Anak angkat tidak mewarisi harta pusaka ibubapa angkatnya melainkan ibubapa angkat tersebut menulis wasiat dan memberi sebahagian hartanya kepada anak angkat di dalam wasiat.

SOALAN

Bagaimana ibu bapa yang berbeza agama, bekas isteri yang telah bercerai 5tahun lepas dan anak angkat boleh mewarisi harta simati ?

JAWAPAN

Untuk makluman , mereka boleh mewarisi harta anda sekiranya semasa anda hidup anda telah membuat perancangan harta seperti wasiat atau hibah harta kepada mereka.

Kredit: Ahmad Mustapha

Cakna Pusaka

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB INFAQ Consultancy https://www.facebook.com/INFAQ.my/posts/pfbid02isiKq8TLEYrTfpnYMTNPAteMome5USaz9hSw1cJCg21jdSJcH4k1UGW1oJykdLKml Seorang pelanggan bertanya; “Adakah…