April 12, 2018
Soalan Si Anak-“Kenapa Ada Tanda Pangkah?”
Pagi ini dalam perjalanan pergi sekolah, Zulaikha tanya lagi soalan tentang bendera-bendera parti-parti politik selepas semalam bertalu-talu persoalan dikemukakan.
Rujuk juga status semalam.
“Ayah, kenapa ada tanda pangkah?”,
“Tanda pangkah tu untuk tanda yang mana kena pilih”, jawab si ayah.
“Kenapa kena tanda pangkah?”
“Sebab nak kena undi”
“Ye la, kena undi. Tapi kenapa pangkah?”
“Sebab nak kena pilih”
“Ye la nak kena pilih tapi kenapa kena pangkah”
“Nanti balik sekolah kita tanya Ummi ya”
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran