Sokongan penuh untuk modul kewangan wajib bagi pembiayaan besar

Tempoh hari ada wartawan tanya berkenaan cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) nak wajibkan modul kewangan untuk mereka yang nak ambil pembiayaan peribadi melebihi RM100,000 bermula tahun 2027.
Saya jawab, secara peribadi saya memang sangat sokong 100%. Lagi bagus ia untuk semua pelanggan yang buat hutang bank.
Fakta yang pahit untuk ditelan, berdasarkan statistik-statistik yang ada, majoriti rakyat Malaysia mempunyai kadar literasi kewangan yang rendah.
Ramai penghutang masuk lubang hutang sebab mereka tak nampak risiko jangka panjang.
Sudahlah gaji tidak naik, tambah pula bebanan hutang yang tinggi. Menyebabkan golongan menengah dan rendah di Malaysia ini hidup dalam keadaan tertekan.

Puncanya apabila tidak ada ilmu kewangan. Berhutang ikut-ikutan. Berhutang untuk lifestyle
Jadi, modul kewangan ni penting. Bukan sahaja untuk pembiayaan peribadi sebagaimana yang dirancang, malah untuk SEMUA.
Biar penghutang jelas awal-awal, jangan mudah terpedaya dengan iklan “murah” di depan mata.
Sekurang-kurangnya mereka diberi pendedahan, baru buat keputusan.
Kenapa saya cadangkan agar modul ni diperluaskan untuk pembiayaan rumah dan kereta?
Sebab dua jenis hutang ni pun jangka panjang, dan ramai yang tersilap langkah.
Rumah, nampak manis di awal, tapi bila masuk bab maintenance, cukai, dan cashflow, baru terasa.
Kereta pula, susut nilai dia memang “makan dalam”. Itu belum campur petrol, servis, insurans, semua jadi beban kalau tak dikira betul-betul.
Cuma satu risiko modul kewangan ni ialah kalau ia sekadar jadi “tick-box exercise”.
Maksudnya ia sekadar cukupkan syarat yang bank negara tetapkan.
Penghutang hadir, tandatangan, lepas tu tak faham apa-apa pun.
Sebab itu isi modul kena dekat dengan realiti.
Guna contoh-contoh mudah macam pembiayaan yang nampak murah tapi akhirnya jerat.
Benda macam tu lebih mudah melekat di kepala.
Kesimpulannya, saya sokong penuh.
BNM buat modul ni bukan untuk susahkan rakyat, tapi nak selamatkan rakyat daripada tenggelam dalam lautan hutang.
Kalau keluarga dah terbeban dengan hutang, bukan sahaja kewangan yang rosak, tapi ketenangan rumah tangga pun boleh runtuh.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00


