fbpx

Solidariti Untuk Al-Aqsa

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 245Words
  • 434Views

Soladiriti untuk Al-Aqsa!

Ketika saya ke sana awal tahun ini, banyak perkara yang selama ini saya sangka saya tahu dan faham tentang Al-Aqsa dan bumi Palestin, rupa-rupanya tidak tepat.

Contohnya kedudukan Masjidil Aqsa.

Selama ini ia merujuk kepada Kubah Kuning (Dome Of The Rock), dan kadang-kadang kepada bangunan masjid yang dibina tidak jauh dari Kubah Kuning tersebut – sebenarnya salah. Yang sebenarnya kedua-dua masjid itu di atas tanah yang bernama Al-Quds dan seluruh tanah itulah Masjidil-Aqsa yang seluas 144,000 meter persegi.

Kata Imam Masjidil Aqsa, “dari bucu setiap pintu gerbang Masjid hingga ke mihrab”. Rujuk video yang saya reshare sebelum ini. Video penerangan dari Imam Masjidil Aqsa sendiri.

Di dalam kawasan Masjidil Aqsa, ada banyak masjid-masjid yang dibina.

Seterusnya, tentang batu terapung yang dikatakan lokasi Nabi Muhammad Israk Mikraj. Dikatakan batu itu terapung sebab hendak ikut Nabi Muhammad tapi tak dapat.

Itu satu lagi berita palsu. Sebenarnya ia bukan begitu. Tidak wujud pun batu terapung di sana.

Batu yang dikatakan terapung itu tidak terapung pun. Di situlah dibina Dome Of The Rock atau Kubbatus-Skahra’.

Kemudian, tentang pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan ziarah ke Al-Aqsa, sebenarnya ada ramai lagi ulama yang mengharuskannya.

Malah, Imam Masjidl Aqsa sendiri menggalakkan umat Islam untuk berziarah ke sana sebagai sokongan moral. Dalam masa sama, orang-orang Yahudi lebih cenderung kepada fatwa yang mengharamkan umat Islam berziarah ke sana.

Wallahua’lam.

Nota: Catatan lain, klik hashtag #Travelog3Kembara

Ayuh kita bersolidariti untuk Al-Aqsa esok. Takbir!

Foto Afyan Mat Rawi.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini antara video curi ketika atas bas semasa keluar dari…