Squid Game – Mesej di sebalik babak roti dan loteri

Perasan tak, dalam K-Drama Squid Game Musim 2 ada satu babak yang diberikan screentime agak panjang, tetapi tidak memberi impak langsung kepada jalan cerita?
Babak tersebut ialah ketika watak rekruter atau salesman (pelakon Ipar Adalah Maut) memberi pilihan antara roti dan loteri kepada para gelandangan.
Kenapa saya katakan begitu? Kerana jika babak ini ditiadakan, ia langsung tidak menjejaskan jalan cerita drama ini.
Namun begitu, ada satu mesej besar yang tersirat di sebalik babak tersebut, jika kita hayati betul-betul.
Dalam situasi yang sangat terdesak pun, manusia cenderung memilih harapan yang belum pasti berbanding rezeki yang ada di depan mata.
Tonton VT Tiktok. Klik di sini
- – Loteri menggambarkan harapan yang belum pasti.
- – Roti pula menggambarkan rezeki dan logik yang sudah ada di depan mata.
Dalam banyak situasi, manusia sering terperangkap dalam memilih harapan yang belum pasti berbanding logik yang jelas.
Pemikiran seperti ini sebenarnya digambarkan dalam Squid Game secara keseluruhannya, sejak dari musim pertama hingga musim terkini.
Para peserta sanggup menggadaikan nyawa mereka demi peluang memenangi wang berjumlah 45.6 billion won
- – Musim pertama: Selepas undian pertama, walaupun peserta yang masih hidup kembali ke kehidupan normal mereka (roti), majoriti memilih untuk kembali ke permainan demi mengejar wang yang dijanjikan (loteri).
- – Musim kedua: Dalam undian pertama, majoriti memilih untuk kekal dalam permainan (loteri) berbanding berhenti dan balik dengan wang kecil (roti).
Keberangkalian menang adalah 1 per 456 atau 0.2% dan meningkat selepas tamat permainan.
Babak roti dan loteri ini adalah cerminan realiti kehidupan kita hari ini.
Kita mudah terpesona dengan janji-janji manis (loteri) dan sanggup mengorbankan apa yang sudah ada di tangan (roti). Psikologi ini sering dimanipulasi dalam pelbagai situasi, seperti:
1. Pelaburan: Ada yang sanggup mengeluarkan wang simpanan dari bank, ASB, atau Tabung Haji (roti) kerana terpengaruh dengan program pelaburan too good to be true (loteri).
2. Perhubungan: Ada yang sanggup meninggalkan keluarga, ibu bapa, atau pasangan sah (roti) kerana terpesona dengan janji manis kekasih atau orang ketiga.(loteri).
3. Kerjaya: Ada yang berhenti kerja tetap dengan gaji stabil (roti) demi mengejar peluang perniagaan yang menjanjikan pendapatan berganda (loteri).
4. Pendidikan: Pelajar memilih untuk tidak menyambung pengajian (roti) kerana percaya mereka boleh menjadi kaya dengan jalan pintas, seperti menjadi influencer (loteri).
5. Kewangan: Ada yang sanggup mengikat perut (roti) demi membayar ansuran hutang kereta atau pinjaman peribadi (loteri).
6. Politik: Rakyat sanggup menukar kerajaan (roti) kerana terpengaruh dengan janji-janji manis pemimpin politik (loteri).
No 6 bukan merujuk kepada situasi politik di Malaysia, tetapi di negara lain. Contohnya Wakanda ketika Killmonger menjatuhkan T’Challa; situasi menjadi lebih buruk.
Tambahan contoh: Dia dah ada anak dan isteri (roti) tapi sanggup berselingkuh dengan adik ipar sendiri (loterii)
Babak roti dan loteri dalam Squid Game Musim 2 bukan sekadar drama, tetapi ia adalah refleksi dilema kehidupan sebenar.
Kenapa kebanyakan orang memilih loteri?
Sebab ia memberikan impian untuk masa depan yang lebih baik, walaupun peluangnya hampir sifar.
Namun, harapan yang melampau boleh menjadi perangkap.
Sebaliknya, memilih roti adalah langkah rasional yang memastikan kelangsungan hidup.
Apa penyelesaiannya?
Gabungan kedua-dua pilihan, tetapi dengan satu perkara penting: ILMU.
Dengan ilmu, kita boleh menilai risiko secara bijak dan membuat keputusan yang lebih rasional, sama ada untuk memilih roti atau loteri.
Jadi nak pilih roti atau loteri, bergantung kepada ilmu dan persediaan risiko masing-masing.
Salahkah mengambil risiko?
Mengambil risiko tak salah.
Tapi ramai yang mengambil risiko yang salah.
Ambil lah risiko yang sudah dalam perkiraan kita atau calculated risk.
Kalau takut dengan risiko, usaha bicara dengan perjuangan! Eh?
Saya buka peluang untuk sesiapa yang sanggup ambil risiko untuk menjadi ejen takaful secara online.
Risiko tak besar mana pun. Belum pernah lagi orang jatuh bankrap sebab jadi ejen takaful
Hanya guna handphone sahaja, tak perlu beli iPad.
Komisen 40% tahun pertama
Roti atau loteri? Akhir sekali kita yang pilih.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran