Tak Mampu Kawal Angin, Kawallah Layarnya

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:34Views

You can’t change the wind but you can set your sails.

Tahukah anda, kita tidak mampu pun nak mengubah bajet kerajaan?

Kalau ada peluang pun, dah 13 kali peluang tersebut disia-siakan.

Tapi kita ada peluang setiap masa utk mengubah bajet diri sendiri.

Ya, setiap masa kita ada KUASA untuk mengasah bajet diri sendiri tanpa perlu tunggu setahun sekali.

+ Kita tak mampu nak mengawal harga rumah, tapi kita boleh pilih sama ada hendak beli rumah atau hendak terus-terusan menyewa.

+ Kita tak mampu nak mengawal harga petrol, tapi kita boleh pilih sama ada hendak beli kereta baru atau kekal kereta apa yang ada.

+ Kita tak mampu nak mengawal tangga gaji, tapi kita bebas untuk melakukan banyak pekerjaan untuk menambah pendapatan.

+ Kita tak mampu kawal ekonomi yg gawat, tapi kita mampu mengawal ekonomi diri sendiri.

+ Kita tak mampu untuk mengawal jumlah BRIM tapi kita mampu berusaha untuk meningkatkan pendapatan kita.

…. Dan banyak lagi!

Kata pepatah Inggeris “You can’t change the wind but you can set your sails”.

“Anda tak mampu mengawal arah angin, tapi anda mampu mengawal layarnya.

Bajet negara, inflasi, harga rumah, matawang ringgit, harga karipap, harga bitcoin, maskahwin Neelofa, harga makanan di foodtruck dan lain-lain kita tidak mampu mengawal ia sama ada naik atau turun. Yang selalunya ia akan naik dan naik saban tahun.

Tapi dlm masa sama, ada baaaaaaanyak lagi perkara yang kita boleh kawal.

Focus on the circle of control.

Bermanfaat? Klik SHARE

Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Hari ini mengendalikan program #SeminarBMW bersama-sama usahawan Olive House di Batu Pahat,…