fbpx

Sumbangan McDonald’s Corporation dan isu boikot: Fakta dan bukti

  • 12 months ago
  • 2Minutes
  • 354Words
  • 977Views

Tolong berikan bukti bahawa McDonald’s Corporation berikan sumbangan Israel.

Saya nak boikot McDonald’s dgn fakta, bukan emosi. Walaupun dah lama tak makan McD.

Saya tak ada masalah pun sesiapa nak boikot McDonald’s, tapi biarlah dgn fakta dan bukti, bukan emosi dan persepsi.

Sebab itu saya ajukan soalan di atas, utk sesiapa yang bersungguh boikot berikan bukti dan fakta.

Fakta yang saya jumpa menunjukkan McDonald’s Malaysia, Qatar, Oman, UAE ada beri sumbangan kpd Pelestin.

Fakta juga menunjukkan McDonald’s Malaysia bayar zakat.

Fakta juga menunjukkan bahawa McDonald’s Malaysia, Singapura, Arab Saudi, Qatar, Oman, UAE sudah diambil alih oleh usahawan Muslim sejak 2017.

Fakta juga menunjukkan bahawa McDonald’s masih membayar royalti kpd McDonald’s USA apabila menggunakan jenama sama.

Fakta juga menunjukkan McDonald’s Israel memberi bantuan makanan kepada askar Israel IDF.

Fakta juga menunjukkan makanan segera McDonald’s tidak menyihatkan.

Jika boikot disebabkan fakta tentang isu kesihatan saya sokong 100%.

Jika nak boikot McDonald’s Israel disebabkan mereka memberi sokongan kpd IDF, pun saya sokong 100%.

Tapi jika nak boikot McDonald’s Malaysia kerana McDonald’s Corporation Di USA memberi sumbangan kpd Israel, saya perlukan fakta dan bukti.

Jika ada hujah mengatakan bahawa McDonald’s bayar royalti kepada McDonald’s Corporation di USA, bermaksud ia memberi sokongan kepada Israel, kenapa ia tidak dijadikan hujah untuk boikot KFC?

KFC pun masih membayar royalti kepada KFC Corporation di USA.

Malah boleh guna logik sama utk FB Lagipun FB memang menghalang reach posting berkaitan sokongan kpd Palestin.

Setiap penggunaan aktif FB menambahkan lagi nilai saham mereka walaupun pengguna tak bayar 1 sen pun.

Makin ramai pengguna aktif, makin banyak pengiklanan masuk, maka makin tinggi nilai Facebook.

Alternatif media sosial masih ada Twitter, Tiktok

Saya masih hairan kepada jadi double standard dalam Isu boikot ini.

Saya tidak dibayar oleh McDonald’s untuk posting ini. Malah saya pun tak suka makan burger McDonald’s.

Saya secara personal, tak makan sangat burger McDonald’s sebab tak sedap pada lidah saya.

Termasuk juga burger KFC, Burger King dan burger Restoran Ramly francais.

Sedap lagi burger Ramly tepi jalan.

Nak boikot, boikot dengan fakta dan bukti, bukan dengan sentimen dan emosi.

Biar tersalah ampun, daripada tersalah hukum.

Betulkan saya jika fakta saya silap.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berapa ramai rakyat Malaysia yang menyumbang secara tak langsung kepada…