Susah Nak Dapat Mahasiswa Macam Ni
Masa zaman mahasiswa lagi dah start melabur. Satu tindakan yang bagus.
Serius, bukan senang nak jumpa golongan rate macam ni. Melabur betul ya, bukan melabur skim sontot.
Dipetik dari FB Azim Izzuddeen
MAHASISWA LAGI DAH RANCANG WANG PERSARAAN
Bunyi macam Woww je, muda betul ya dah menyimpan untuk bersara. Haha
Cerita dia masatu aku tahun 2 pengajian dalam kos Sains Bioperubatan kat UKMKL, alaa UKMKL yang dekat dengan HKL tu. Sebab orang selalu ingat UKM ni kat Bangi je. Dalam kos ni takda pun diajar bab pengurusan kewangan, yup bukan kos ni je, aku percaya kos lain pun tak diajar.
Sepanjang pengajian di UKM, alhamdulillah dapat lah tajaan JPA, berkat belajar sungguh-sungguh kat KMJ dan berjaya dapat 4 rata, cehhh zaman kegemilangan sangat. Hahaha. Tu dulu punya cerita la, masa kat UKM selalu jadi target lecturer sebab tak perform. 😅
Dipendekkan cerita, ada seorang sahabat ni , dia yang perkenalkan aku dengan sorang consultant Unit Trust (UT) bawah seliaan CWA dulu, sekarang dah jadi PRINCIPAL. Maklum la masa ni kan ada JPA, jadinya rasa macam ada lah lebihan duit lepas belanja dan bayar yuran semester sebab aku ni bukan jenis suka makan makanan hipstur, kaki wayang,upgrade PC game or kaki travel dengan kawan-kawan.Oppss.
Lepas agent tu bercerita tentang pelaburan jangka masa panjang lepas bersara nanti, dia cerita la kebaikkan dan kelebihan menyimpan dari muda, umur pun baru 20 tahun kan,aku rasa macam bagus juga ni, kena amik peluang ni, nanti dah pencen takyah la nak penat-penat kerja lagi. Ayat yang paling aku ingat dia cakap.
“Biasa kita kerja untuk DUIT, kali ni biar DUIT buat kerja untuk kita pula”
Ayat ni la yang menjentik hati untuk sign UT dan PRS sekali harung. Hahaha. Dengan harapan masa pencen aku rileks. Aminnn. Jadi aku lump sum letak 5k untuk UT dan 1k untuk PRS, masa ni dapat extra RM500 sebab gomen tambah. Sebenarnya aku tak ingat pun dana apa yang dia laburkan tu, cuma apa yang aku rasa betul kat sini, aku tak bazirkan duit aku ke MLM ke Travel ke. Aku rasa selamat sebab DUIT dah mula kerja untuk aku seawal umur aku 20 tahun. Haha.
Persoalannya kat sini adakah tindakkan seorang MAHASISWA buat tu tepat atau tak?? Dari dulu aku rasa confius, tapi lepas baca tips kewangan ni, aku hanya perlu ubah strategi pengurusan kewangan aku mengikut keadaan semasa.
Aku nak share lah satu ilmu pengurusan kewangan yang padu dari Tuan Afyan Mat Rawi melalui 17 video dan 1 ebook melalui BMW, Bijak Merancang Wang.
Boleh klik link kat komen pertama untuk dapatkan tawaran tu.
Nahhh apa lagi cepat grab peluang ni untuk tambah ilmu kewangan kita.
P/s : Lepasni nak sambung cerita apa aku buat lepas aku graduasi pula la demi mencapai matlamat kewangan aku @ kumpul duit kahwin. Haha
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran