fbpx

Kenapa Syarikat Takaful Tak Mewajibkan Medical Check up?

  • 6 years ago
  • 4Minutes
  • 668Words
  • 1517Views

“Kenapa syarikat takaful tak wajibkan medical check up?”

Berikutan isu medical card claim reject dan isu berkaitan penyakit sedia ada yang tidak dicover oleh syarikat takaful, timbul cadangan dan juga persoalan di atas.

“Kenapa tidak diwajibkan pelanggan melakukan medical check up? Bukankah ia bagus supaya klien dan syarikat tahu pelanggan sihat atau pun tidak sebelum sign-up polisi”

Ini respon saya.

 Ya, ia satu cadangan yang bernas. Memang jika pelanggan melakukan medical check up, akan diketahui status kesihatan sebenar pelanggan.

 Tapi, tahukah anda, medical check up memerlukan kos? Dan jika ia diwajibkan, sanggupkah pelanggan perlu menanggung kos tersebut?

 Dan setakat pengalaman saya, majoriti pelanggan sangat berkesulitan melakukan medical check up. Isu utama ialah isu masa, selain isu kos. Kos hanya akan ditanggung jika proposal tersebut diterima menjadi polisi. Bergantung kepada terma dan syarat syarikat.

 Sebenarnya, jika pelanggan ingin melakukan medical check up sendiri sebelum sign up polisi, sangat dialu-alukan. Tidak perlu diwajibkan pun, bagi yang ada kesedaran boleh lakukannya sendiri.

 Untuk makluman semua, prosedur sekarang sudah memadai. Soalan di dalam borang takaful sudah ada untuk bertanya status kesihatan pelanggan. Jika pelanggan mempunyai masalah kesihatan, mereka hanya perlu nyatakan di dalam borang dan syarikat akan membuat penilaian; sama ada terima atau tolak.

 Bagi kes-kes pelanggan yang mempunyai masalah kesihatan atau dipanggil sebagai “sub standard case”, akan ada beberapa kemungkinan terhadap permohonan pelanggan;
1. Reject dan caruman akan dipulangkan
2. Loading, dan pelanggan perlu membayar caruman tambahan
3. Exception, ada beberapa penyakit yang akan dikecualikan.

 Kemungkinan no 2 dan 3 di atas, syarikat akan berikan surat balas “counter-offer” kepada pelanggan. Terpulang kepada pelanggan untuk terima atau menolak.

 Jika pelanggan menolak “counter-offer” itu, wang akan dipulangkan. Jika pelanggan terima, ia tertakluk terma dan syarat di dalam polisi.

 Apabila sudah jadi polisi, termaktub salah satu pengecualian yang dikenakan ke atas pelanggan ialah penyakit sedia ada atau pre-existing illness dan penyakit konginental. Mana-mana penyakit yang sedia ada wujud ketika melanggan polisi, tidak akan dilindungi sama sekali.

 Pengecualian tersebut, sama ada pelanggan tahu atau tidak tahu, ia tidak akan dicover sama sekali. Penolakan daripada syarikat takaful adalah berdasarkan laporan doktor yang dibuat ketika berlaku tuntutan.

 Begitu juga dengan medical check-up. Sama ada pelanggan melakukan medical check up atau pun tidak sebelum sign up polisi, penyakit sedia ada tidak akan dilindungi.

 Ada penyakit yang tidak dapat dikesan hanya semata-mata bergantung kepada medical check-up biasa. Contohnya penyakit kanser dan gastrik, ada medical check up khusus untuk mengesan sama ada seseorang mempunyai masalah tersebut. Ia tidak dapat dikesan hanya dengan melakukan pemeriksaan darah dan air kecing biasa. (Rakan-rakan doktor yang membaca tulisan ini, tolong betulkan jika silap)

 Jadi, solusi isu ini bukan hanya dengan medical check up. SOP yang sedia ada sudah memberi panduan jelas tentang perkara-perkara yang dilindungi dan tidak dilindungi dalam polisi.

 Yang paling penting ketika membuat permohonan takaful, ialah AMANAH (bukan parti Amanah). Ejen dan pelanggan yang amanah. Ejen perlu meminta pelanggan mendedahkan sepenuhnya maklumat yang diminta di dalam borang takaful untuk memastikan polisi yang diterima adalah kontrak yang sah.

 Yang banyak menimbulkan masalah ialah, ketika menandatangani borang permohonan takaful, maklumat yang diberikan tidak betul. Ia berpunca sama ada kecuaian ejen atau pelanggan.

 Ada situasi, ejen yang tidak beretika menasihati pelanggan supaya “menipu” dalam soalan berkaitan penyakit dan berat badan. Dan ada juga situasi pelanggan sendiri yang menipu diri sendiri ketika melanggan polisi. Ia memerlukan kerjasama dari kedua-dua pihak sama ada pelanggan atau ejen.

 Apabila maklumat yang diminta di dalam borang tidak diberikan dengan betul, maka polisi tidak sah. Apabila polisi tidak sah, bermakna perlindungan dan manfaat takaful tidak dapat diberikan.

Sekian, wassalam.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

BERMINAT untuk berjumpa kami utk diskusi lanjut tentang perkara ini?

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bagus, ini yg saya pernah impikan! Saya juga pernah kongsikan…