fbpx

Tabung Haji masih releven sekalipun pulangan 3.1%. Jauh lebih baik daripada kena sontot

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 253Words
  • 214Views

Alhamdulillah, agihan keuntungan Tabung Haji tahun lalu 3.1%, selepas zakat dilunaskan.

Jumlah ini lebih kurang sama setahun dua lalu.

Zaman pulangan TH tinggi, 5% – 6% sudah berlalu.

Apapun ia masih tinggi berbanding fix deposit bank dan instrumen terbaik yang saya akan syorkan untuk membuat simpanan dan dana kecemasan.

Selamat. Tiada sebarang caj dan kos. Boleh dapat keuntungan setiap tahun. Paling best, pulangan itu sudah dikira zakat siap-siap bagi pihak depositor.

Apabila kita ada simpanan RM1 juta dalam TH, kita akan dapat duit percuma RM30k setiap tahun.

Dengan RM30k setahun, kita boleh dapat financial freedom jika kos sara hidup kita di bawah RM2,500 sebulan.

Untuk sampai ke tahap itu, kena la kerja keras daripada sekarang. Simpan sedikit demi sedikit dalam Tabung Haji sehingga cujup RM1,000,000 sebelum bersara awal.

Ia dipanggil FINANCIAL INDEPENDENCE, RETIRE EARLY (FIRE) , satu konsep yang sedang dipopularkan.

Hidup minimalis di bawah kemampuan sebenar, simpan dunia banyak-banyak kemudian bersara awal.

Dan biasanya akan ada orang yang duk cucuk

“Sikit sangat 3% tu. Meh join aku, boleh dapat 30% sebulan”.

Jika anda menganggap pulangan 3% itu rendah dan sedang berkira-kira untuk cari instrumen pulangan yang lebih tinggi, fikir sebaiknya supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Dalam banyak situasi yang saya jumpa, sebenanrnya duit simpanan yang kita ada dalam Tabung Haji, ASB, bank atau KWSP, lebih baik kekal di situ daripada dilaburkan di instrumen yang kita tidak tahu hujung pangkal.

Sebenarnya, bukan instrumen kewangan anda yang kena berubah, tapi mindset anda yang perlu berubah.

Berminat dengan pelaburan klik di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tadi saya semak statistik jumlah pendeposit dan deposit Tabung Haji…