fbpx

Jurang kekayaan di Tabung Haji: Jumlah deposit meningkat, pendeposit berkurang

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 366Words
  • 135Views

Tadi saya semak statistik jumlah pendeposit dan deposit Tabung Haji ini.

Satu perkara yang menarik, walaupun hibah tahunan semakin berkurangan saban tahun berbanding dulu-dulu dan sudah tiada lagi hibah haji sejak beberapa tahun ke belakangan ini, jumlah deposit meningkat dengan jumlah yang sangat signifikan terutama dari tahun 2019 hingga 2021.

Dan satu lagi perkara yang memeranjatkan juga, jumlah pendeposit semakin turun daripada tahun 2017 hingga 2021.

Jumlah deposit semakin tinggi, tapi jumlah pendeposit semakin berkurangan. Apa maknanya?

Maknanya, jumlah purata simpanan setiap pendeposit semakin bertambah.

Jom kita kira duit orang:

Tahun 2017, purata seorang pendeposit simpan 7,931.17

Tahun 2021, purata seorang pendespot simpan 9,909.15

Nampak macam bagus kan?

Tapi, tahukah anda, media pernah malaporkan bahawa ada seorang pendeposit mempunyai simpanan RM190 190 juta di Tabung Haji!

Ya, RM190 juta! Bukan RM190k, bukan RM1.9 juta, bukan RM19 juta.

Tapi RM190,000,000!!!!

Jika dia masih menyimpan duit yang sama di Tabung Haji tahu lalu, jumlah dividen yang diperolehinya ialah RM5.89 juta!!!!

Jika ada yang anggap dividen 3.1% tu sikit, sebenarnya ia bukan sikit tapi duit kita yg tak byk.

Maksudnya, purata simpanan pendeposit tadi, bukanlah 9,909.15 sekiranya individu yang mempunyai 190 juta tadi masih simpan di TH.

Media juga pernah melaporakan bahawa, 117,000 orang pendeposit mempunyai simpanan menyamai 50% daripada total keseluruhan wang di Tabung Haji!

Jom kita kira lagi duit orang.

Separuh daripada 83,336 juta ialah 41,668 juta. Maknanya seramai 117,000 memiliki simpanan purata di Tabung Haji sebanyak RM356,136.75

Jadi, berapa pula baki pendeposit lain?

Baki 8,292,999 pendeposit lain memiliki simpanan purata RM5,024.47 setiap orang.

Jauh daripada jumlah kos minima untuk menunaikan haji…

Apa maksudnya? Jurang kaya dan miskin semakin melebar. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin.

Sad but true. Angka tidak pernah menipu.

Namun berita baiknya, masih ramai orang Islam yang kaya raya di negara kita.

Tabung Haji hanya untuk orang Islam sahaja.

Tahukah anda, media pernah malaporkan bahawa ada seorang pendeposit mempunyai simpanan190 juta di Tabung Haji.

Media pernah malaporkan bahawa ada seorang pendeposit mempunyai simpanan RM190 juta di Tabung Haji.

Berita ini dilaporkan pada 2018, bagi audit Tabung Haji 2017.

Hibah tahunan TH tahun 2017 ialah 4.5%, bermakna keuntungan yang beliau dapat pada tahun tersebut ialah 8.55 juta!

Soalan, jika wang tersebut dibiar di Tabung Haji dan beranak-pinak sehingga sekarang, berapa keuntungan yang beliau dapat untuk tahun lepas?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika ada yg anggap dividen TH 3.1% tu sikit, ketahuilah…