Tag: takaful ikhlas medical card

Berapa Nilai Harta Pusaka Anda?

“Berapakah jumlah perlindungan yang perlu saya ambil?” tanya seorang prospek kepada saya. “Sekurang-kurangnya lapan kali ganda gaji tahunan encik ”, kata saya. “Mmmm…. Kalau begitu maknanya saya perlu ambil perlindungan sebanyak RM 500 ribu lah?”, tanyanya sambil membuat kira-kira. “Nampaknya begitulah”, kata saya sambil membahagikan jumlah 500 ribu tersebut dengan 8 dan dibahagi dengan 12

Jangan Gunakan Kapak Untuk Memotong Sayur!

“Takaful untuk perlindungan, bukan untuk simpanan”, kata saya, “Eh ….”, berkerut-kerut dahinya, seolah-olah keliru. “Betul, jangan jadikan takaful sebagai alat simpanan. Nanti diri sendiri yang susah”, jelas saya. “Saya tidak faham maksud awak. Beberapa hari lepas ada ejen takaful yang bercerita kepada tentang takaful sebagai alat untuk simpanan”, balasnya pula. “Betul”, sengaja saya jawab begitu.

Remake: Ibu Mertuaku

Pernah ditayangkan disiarkan dahulu. Ditayang Disiar kembali dengan beberapa penambahbaikan. “Kassim Selamat???? Siapa Kassim Selamat??”jerkah Nyonya Mansor. Sabariah teresak-esak. “Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?” jerkahnya lagi apabila melihat anak perempuan tunggalnya hanya menangis. ”Ejen takaful,” jawab Sabariah di dalam sendunya. “Apa???? Ejen takaful ??!!!!”terperanjat besar Nyonya Mansor. “Pantang nenek moyang aku berkahwin dengan ajen takaful!”

RM 100,000.00?? Berapa lama mau dapat?

Jika anda konsisten mengumpul RM 100.00 sebulan, berapa lama duit tersebut akan menjadi RM 100,000.00? Cara pengiraannya ialah 100 000 dibahagikan dengan 100, jawabnya 1 000. Maknanya, dengan konsisten menyimpan RM 100.00 sebulan, seseorang perlukan masa selama 1000 bulan untuk mengumpul RM 100,000.00. Ini dengan andaian duit tersebut tidak dikeluarkan sepanjang tempoh 1000 bulan tersebut.

Awak ada RM 30,000.00?

Andaikan, datang seorang teman seraya berkata; “Awak, awak ada RM 30,000.00 tak?” Saya kena kanser. Saya perlukan RM 30,000.00 untuk pembedahan mengeluarkan kanser saya. Dalam masa sama, saya perlu meneruskan hidup saya. Doktor mengesahkan, selepas pembedahan, saya kena berehat sekurang-kurangnya 3 bulan. Selepas 3 bulan, saya tidak boleh melakukan kerja-kerja berat. Tentu saya akan diberhentikan
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com