fbpx

Tak Perlu Menyamar

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 225Words
  • 376Views

Akhir-akhir ini ramai pula ejen takaful klik FB Ads saya dan kemudian menyamar jadi pelanggan untuk dapatkan quotation.

Sebenarnya, tak perlu menyamar pun. Terus terang lagi baik.

Menyamar, bagi semua info, kemudian buat quotation dan akhir sekali konon bersetuju langgan dan minta sehari dua untuk bagi dokumen. Tunggu punya tunggu punya tunggu, bila cek balik profile, eh dah berubah? Rupanya ejen takaful juga. Masa mula-mula mereka klik link iklan, profil wassap ditukar supaya tak nampak macam ejen takaful. Lepas lama tak mesej, tukar kepada profil ejen takaful.

Ya, saya tahu ada ejen takaful yang terkejut dengan quotation yang kongsi baru-baru ni. Bukan setakat ejen takaful lain, saya sendiri pun terkejut dengan quotation tersebut pada mulanya.

Macam tak percaya, boleh dapat coverage berasingan untuk kematian, lumpuh dan penyakit kritikal 100k setiap manfaat malah siap ada manfaat waiver dan elaun hospital 100 sehari.

Dan semua manfaat tersebut, hanya 99 sahaja sebulan untuk peserta takaful berusia 30 hingga 34 tahun. Malah jika peserta umur 30 tahun, manfaat penyakit kritikal boleh cover dari stage pertama.

Memang saya pun terkejut masa tengok quotation tu. Ejen-ejen Takaful IKHLAS lain pun ada yang terkejut. Siap ada yang tanya, produk mana tu? Mereka yang selama ni pasarkan pun tak perasan.

Kalau ada ejen kompeni lain nak tengok quotation tu, saya boleh kongsi. Tak perlu nak menyamar jadi prospek. Berterus terang lebih baik.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ejen takaful, mesti ada jawapan SOALAN: Saya berumur 50 tahun…