Bersedekah Tak Pernah Mengurangkan Harta

  • Reading:3Minute:s
  • PostView Count:36Views

Tadi saya beli air balang tepi jalan. Beli 5 bungkus utk dibawa ke program iftar petang ini.

Harga 17 ringgit, saya bagi sekeping not 20 dan dgn niat bersedekah saya beritahu kepada peniaga berkenaan supaya tak perlu pulangkan baki.

Kemudian, tidak semena-mena peniaga tadi bagi 2 cawan jelly kelapa, yang berharga R.M1.50 setiap satu. Total 3 ringgit.

Janji Allah kepada yang bersedekah

Langsung tak terfikir. Betul janji Allah, bersedekah tak pernah mengurangkan harta malah menambah lagi.

Pahala sedekah pun dapat. Jelly kelapa pun dapat. Peniaga tadi pun dapat pahala bersedekah juga.

Itu baru sedekah 3 ringgit. Cuba bayangkan kalau sedekah 30 ringgit? 300 ringgit? 3,000? 30K? 300K? 3 Juta?

Sebab itu kita tak pernah dengar cerita orang jatuh miskin sebab banyak bersedekah. Tapi banyak kita dengar orang jatuh bankrap sebab salah berhutang, silap berniaga, silap melabur.

Matematik kita, 10 tolak 1 tinggal 9. Tapi matematik Allah, 10 tolak 1, Allah akan tambah lagi. Mungkin 1. Mungkin 10. Mungkin 100 malah mungkin lebih lagi.

Kalau kita Allah tak tambah dalam bentuk harta yang boleh dilihat dengan mata kasar, pastinya Allah tambah dalam bentuk rezeki dan harta yang tak nampak.

Saya teringat ketika mengendalikan program Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW yang dianjurkan oleh sebuah kerajaan negeri untuk golongan B40 di sebuah daerah pedalaman. Para peserta terdiri dari golongan pekebun kecil, ibu tunggal, peniaga kecil-kecilan, penoreh getah, petani dan seumpamanya.

Di hujung program seorang wanita bertanyakan soalan, lebih kurang berbunyi:

“Bagaimana saya nak buat simpanan dan kumpul harta, sedangkan pendapatan bulanan pun tak cukup?”.

Sebelum menjawab soalan, saya tanyakan perihal keluarga dan anak-anaknya. Katanya, beliau seorang ibu tunggal, semua anak-anak sudah dewasa dan berdikari. Dari anak-anak itu kecil sampai dewasa, dia membesarkan seorang diri bergantung kepada pendapatannya sebagai penoreh atau bertani. Semua anaknya membesar dengan baik dan bekerjaya. Semuanya “menjadi” manusia dan selalu menjenguknya di kampung.

Lalu saya beritahu beliau, itulah harta yang Allah berikan kepada beliau selama ini. Anak-anak yang berjaya dan keluarga yang bahagia. Bukan harta fizikal dan material, tapi harta dan aset kehidupan yang tidak ternilai.

Kawan-kawan,

Apabila kita bersedekah, betulkan niat agar tak terpesong. Jangan bersedekah sebab nak kaya. Nanti tak kaya, kita akan rasa “membazir” sebab bersediakah.

Juga, jangan kita anggap rezeki hanya sekadar harta. Harta juga bukan sekadar material wang dan kekayaan.

Allah berikan rezeki dalam pelbagai cara dan sebab. Umur yang panjang, masa yang lapang, kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, anak-anak yang dengar kata – itu juga harta dan rezeki yang tiada galang gantinya.

Saya pun perlu betulkan niat berkongsi pengalaman sedekah 3 ringgit ini supaya jauh daripada sifat riyak.

—–

Topik tentang rezeki “Bukan Sekadar Harta”, ada saya kongsikan dalam buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Dalam modul I.N.F.A.Q yang terkandung dalam #BukuBMW jnj, ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu

  1. Aliran Tunai
  2. Aset dan hutang
  3. Simpanan
  4. Perlindungan
  5. Pelaburan
  6. Penyucian
  7. Pewarisan

Boleh dapatkan buku Bijak Merancang Wang di BukuBMW, setebal 320 muka surat halaman warna.

Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.

Siapa yang dapatkan buku ini akan terima juga hadiah:

1. Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!

2. Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.

Ketik BukuBMW
Ketik BukuBMW
Ketik BukuBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Akhir-akhir ini ramai pula ejen takaful klik FB Ads saya…