Takaful bukan sekadar hibah: Perlindungan ketika hidup lebih penting

Sebenarnya secara umumnya perlindungan takaful ni terbahagi kepada 4
1. Kematian dan Lumpuh (Life)
2. Penyakit Kritikal (Critical Illness)
3. Rawatan Hospital dan Pembedahan (Hospital and Surgical)
4. Kemalangan Diri (Personel Accident)
Jadi, sebenarnya selain manfaat kem.atian ada banyak lagi manfaat yang peserta takaful boleh nikmati ketika hidup.
Mungkin disebabkan ramai ejen hanya fokus kepada hibah takaful, jadi hanya manfaat kem.atian sahaja yang diceritakan kepada pelanggan.
Walhal boleh sahaja cerita manfaat-manfaat lain ketika hidup, contohnya:
1. Jika berlaku peny.akit kritikal seperti kanser, stroke, dan sebagainya, dapat manfaat.
2. Jika lumpuh, pun dapat manfaat.
3. Jika kemalangan dan putus anggota, boleh dapat manfaat.
4. Jika masuk hospital, boleh dapat elaun hospital.
5. Jika dapat MC akibat kem.alangan, boleh dapat elaun harian.
6. … Dan banyak lagi!
Semua contoh yang saya berikan di atas adalah manfaat-manfaat yang diperolehi ketika pelanggan hidup.
Dan beberapa contoh musibah yang saya berikan juga, akan memberi kesan besar dalam kehidupan iaitu kehilangan pendapatan akibat tidak mampu bekerja.
Takaful bukan sekadar hibah dan manfaat kem.atian.
Ia juga bukan sekadar medical card.
Ia lebih daripada itu iaitu untuk perlindungan pendapatan.
Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

