fbpx

Takaful ialah Plan B dalam pengurusan kewangan

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 517Words
  • 545Views

Sepanjang 19 tahun is berada dalam industri takaful, tahun ini paling banyak kes claim yang besar saya hadapi.

Seorang senior kena stroke, seorang rakan sepengajian kena serangan jantung, dan yang terbaru suami kepada sepupu isteri meninggal dunia… Innalillah…

Saya dah lama tak buat “personal sales”, dah lebih banyak fokus kepada rekrutmen dan training. Kali terakhir saya pulun “personal sales” ialah pada tahun 2018, setahun sebelum naik sebagai Group Agency Manager.

Jadi, klien-klien yang saya uruskan adalah klien-klien lama ketika saya sebagai ejen.

Biasanya claim yang paling banyak diuruskan ialah kemasukan hospital. Jika claim-claim besar seperti kematian atau penyakit kritikal, selalunya jarang-jarang sekali.

Sepanjang 19 tahun saya dalam industri takaful, tak sampai 10 kali pun kematian dan penyakit kritikal yang saya uruskan. Maknanya tak ramai pelanggan saya meninggal dunia dan jatuh sakit kritikal. Alhamdulillah….

Ya, ia memang jarang tapi sekali claim jumlahnya besar. Paling besar saya pernah uruskan ialah berjumlah kira-kira 300k, pada tahun 2019.

Claim paling biasa diuruskan ialah claim kemasukan ke hospital, sama ada medical card atau elaun hospital.

Apabila berjaya urus dan selesaikan claim, kegembiraannya bukan kepalang. Jauh lebih gembira daripada close klien. Hanya Allah yang tahu betapa cuaknya jika claim bermasalah.

Selalu saya kongsikan kepada klien, takaful adalah Plan B.

Plan B maksudnya ia adalah untuk perkara yang kita tidak mahu berlaku, tapi jika berlaku maka kita sudah ada persediaan awal.

Plan A kita ada bekerja untuk mendapatkan income, membesarkan anak-anak, membeli rumah, membeli kereta, bercuti bersama keluarga, membuat simpanan, membuat pelaburan dan menikmati persaraan dengan tenang.

Untuk Plan A, tak perlu gunakan takaful. Boleh gunakan instrumen-instrumen kewangan lain seperti akuan simpanan, Tabung Haji, ASB, saham, kripto, dan seumpamanya.

Tapi untuk Plan B, jangan sekali-kali gunakan instrumen Plan A. Gunakan takaful! Ia jauh lebih jimat dan berbaloi.

Dalam masa sama, jangan pula gunakan instrumen takaful untuk mencapai matlamat dalam Plan A tadi. Terbalik jadinya nanti. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Sayang sekali sekiranya wang simpanan yang kita bertahun-tahun terpaksa digunakan untuk menggantikan pendapatan apabila kita tidak mampu bekerja disebabkan kena penyakit kritikal.

Jadi di sinilah pentingnya Plan B, yang ramai orang terlepas pandang.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk menceburi bidang ini di bawah INFAQ CONSULTANCY, boleh klik di sini.

Untuk rancang Plan B, tak perlu keluarkan bajet besar sangat. Maksima 10% daripada pendapatan kita untuk menyediakan dana kecemasan menghadapi musibah besar kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

Jika umur 30 tahun, dengan peruntukan RM99 sebulan boleh dapat

  1. Manfaat kematian RM100,000
  2. Manfaat kematian kemalangan RM100,000
  3. Manfaat kematian disebabkan sakit kritikal RM100,000
  4. Manfaat penyakit kritikal (CI) RM100,000
  5. Manfaat lumpuh kekal (TPD) RM100,000
  6. Manfaat elaun hospital swasta dan kerajaan RM100 sehari
  7. Manfaat pengecualian bayaran atau waiver disebabkan CI atau TPD pun ada
  8. Ada nilai tunai sepanjang tempoh polisi.
  9. Manfaat no 1, 2, & 3 boleh dijadikan hibah takaful.
  10. Manfaat kematian, lumpuh dan penyakit kritikal BERASINGAN.

Semua 10 manfaat di atas, hanya RM99 sebulan! Berminat? Klik di sini.

Jika bajet terhad, dengan RM40+++ sebulan (umur 30 tahun) , dapat manfaat:

  1. RM200,000 kematian biasa
  2. RM200,000 kematian kemalangan
  3. RM200,000 kematian penyakit kritikal
  4. RM200,000 lumpuh kekal
  5. Manfaat kematian boleh dijadikan hibah kepada pasangan.

Bayaran RM40+++ kekal selama 20 tahun.

Berminat? klik di sini

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Sila isi borang di bawah.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam kehidupan dan kewangan, kena sentiasa merancang yang terbaik. Dalam…