fbpx

Takaful Kad Perubatan (Medical Card) vs Takaful Penyakit Kritikal (Critical Illness)

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 559Words
  • 882Views

Apa Yang perlu Anda Tahu Mengenai perbezaan TAKAFUL MEDICAL CARD dan TAKAFUL PENYAKIT KRITIKAL

TAKAFUL MEDICAL CARD VS TAKAFUL PENYAKIT KRITIKAL

Kedua-duanya adalah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain, dengan fungsi berbeza-beza.
Medical card atau kad perubatan fungsinya adalah untuk membantu membayar kos perubatan apabila dimasukkan ke dalam hospital.

Manakala takaful penyakit kritikal pula adalah untuk memberi TUNAI apabila ditimpa musibah penyakit kritikal.

“Saya sudah ada medical card RM 1.5 juta”

Kata seorang pelanggan; “Saya sudah ada medical card RM 1.5 juta, jadi saya sudah tidak perlukan lagi takaful penyakit kritikal.”

Saya tanyakan balik “Kalau Tuan ditimpa penyakit kritikal, berapa takaful Tuan dapat membantu?”
“RM 1.5 juta”, katanya penuh keyakinan.

“RM1.5 juta itu utk masuk ke akaun Tuan atau masuk ke akaun hospital?”, tanya saya, menduga.

Dia terdiam seketika.

Tanpa menunggu lama, saya memberi respon;

“Tuan, sebenarnya RM 1.5 juta itu adalah maksima pembayaran kos rawatan hospital yang akan dibayar daripada syarikat takaful kepada hospital, bukan kepada peserta”.

“Maksudnya?”, dia inginkan kepastian.

“Maksudnya, RM1.5 juta adalah untuk hospital sebagai kos bayaran rawatan, bukan kepada Tuan selaku peserta”.

TAKAFUL SEBAGAI PENGGANTI PENDAPATAN

“Begini situasinya, contohnya sekiranya Tuan ditimpa penyakit kritikal seperti kanser, strok dan sebagainya, kos rawatan sepanjang Tuan ditimpa penyakit itu akan dibayar oleh medical card yang Tuan ambil.”

“Apabila ditimpa penyakit kritikal, adakah Tuan masih mampu bekerja?”, saya membuat sedikit huraian dan bertanya soalan.

Dia menggeleng kepala.

“Ya, sudah tentu tidak. Syarikat yang tuan bekerja sekarang sudah tentu tidak lagi menerima Tuan sebagai pekerja lagi. Jadi pada waktu itu sudah tentu Tuan tidak dapat lagi bekerja”.

“Pada waktu inilah takaful penyakit kritikal akan berfungsi untuk memberi penggantian pendapatan”.

“Jadi, di samping memiliki takaful perubatan medical card ini, Tuan perlu juga memiliki takaful penyakit kritikal, sekurang-kurangnya bersamaan dengan pendapatan Tuan 3 ke 5 tahun”.

TAHUKAH ANDA BERDASARKAN STATISTIK WHO, KIRA-KIRA 70% PUNCA KEMATIAN PENDUDUK MALAYSIA ADALAH SAKIT KRITIKAL.

Dan 4 penyakit yang menjadi pembunuh utama ialah:
1. Kanser
2. Sakit jantung
3. Diabetik
4. Stroke

Tahukah anda, bukan semua takaful medical card dan polisi penyakit kritikal yang anda langgan, belum tentu memberikan pampasan perlindungan sekiranya ditimpa sakit kritikal peringkat awal?

Ya, insurans dan takaful biasa tidak cover penyakit kritikal peringkat awal!

Namun ada berita baik.

Ada produk takaful yang memberikan perlindungan pada kanser peringkat awal termasuk karsinoma in-situ

Bukan setakat kanser, malah juga penyakit-penyakit kritikal peringkat awal lain seperti serangan jantung perngkat awal, diabetes peringkat awal, stroke peringkat awal dan lain-lain.

Ya, takaful. Bukan produk insurans konvensional.

Disertakan juga sampel quotation produk ini, dengan caruman hanya RM100 sebulan, dapat coverage:

  • Manfaat asas kematian dan lumpuh RM120,000
  • Manfaat penyakit kritikal komprehensif RM120,000 (tambahan daripada plan asas)
  • Manfaat waiver, sekiranya ditimpa penyakit kritikal maka caruman akan menjadi percuma.

Contoh quotation ini adalah bagi peserta lelaki berusia 30 tahun,
dan coverage hingga umur 100 tahun.

Contoh proposal ini adalah utk Life polisi bersama manfaat penyakit kritikal early stage, tanpa medical card.

Caruman hanya RM100 sahaja sebulan.

Ya, SERATUS RINGGI MALAYSIA sahaja.

Berminat? isi maklumat dibawah

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kami warga INFAQ Consultancy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha &…