fbpx

Taktik pelaburan dalam dana unit Halogen Shariah Bitcoin

  • 2Minutes
  • 255Words
  • 53Views

Bulan lepas saya melabur ke unit trust ini. Hari ink cek, keuntungan kira-kira 20%. Menyesal tak letak sejuta tempoh hari 🤣

Ini adalah trust pertama yang melabur ke Bitcoin. Nama dana ini Halogen Shariah Bitcoin Fund.

Saya switch 3 dana unit trust yang sedia ada dan tak berapa nak untung ke dana ini.

Dalam pelaburan, kita mesti aktif monitor naik turun harga unit. Sebulan sekali dah ok. Setahun 12 kali sahaja.

Jangan bergantung harap kepada ejen untuk monitor. Mereka hanya pemudah cara untuk membantu pelanggan membuat pelaburan.

Mereka juga ada beratus-ratus, malah mungkin beribu-ribu klien, hampir mustahil untuk monitor setiap seorang pelanggan.

Ketika monitor, ada kala kita perlu lock profit, cut loss atau switch.

Semalam saya semak, alhamdulillah berlaku kenaikan harga kira-kira 20% dalam masa sebulan lebih.

Memang unit trust ini mempunyai kadar volatility yang sangat tinggi, sama macam Bitcoin.

Ia boleh naik mencanak, dan ia boleh jatuh merudum. Kalau ada sakit jantung, jauhkan. Hahahah!

Menyesal pula tak letak sejuta hari tu. Kalau tak dah untung 200k 😂

Apabila untung macam ni, tengah berkira-kira sama ada nak lock profit atau hold terus.

Kalau lock profit, nanti harga naik, menyesal pula.

Kalau hold lagi, tapi kalau harga turun pun menyesal. Hahahah!

Ada yang nak melabur ke sini? Ia untuk Sophisticated Invester dengan modal minima 10k. Caj jualan hanya 2% sahaja, lebih kurang jika melabur sendiri ke Luno.

Boleh melabur tanpa ejen, menggunakan platform e-unit trust.

Nak melabur online tanpa ejen?

Buka akaun melalui link ini

DISCLAIMER: Ini bukan nasihat kewangan dan pelaburan. Do Your Own Research (DYOR).

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Terbaca posting daripada Dave Ramsey, berkenaan insurans. Jarang baca tulisan…