Tambah Gaji Selesai Masalah Kewangan?
Adakah masalah kewangan dapat diatasi dengan cara tambah gaji? Tambah pendapatan?
Tidak semestinya. Baca tulisan ini.
- Satu kajian di US mendapati bahawa kadar penceraian seiring dengan naik turun ekonomi negara. Ketika negara dilanda krisis ekonomi, tahap perceraian meningkat.
- Dari satu kajian Psychological Science in the Public Interest di US, yang bertajuk “Beyond Money” mendapati bahawa tahap kepuasan hidup 400 jutawan oleh Majalah Forbes, sama dengan tahap kepuasan hidup yang dikecapi oleh penduduk orang-orang asli di Kepulauan Masaai, Afrika!
- Masalah kewangan tidak datang secara tiba-tiba. Antara punca banyak masalah kewangan bermula dari muda ialah daripada pembelian kereta. Beli kereta tak salah tapi ramai yang beli kereta yang salah dan menuju ke #nerakawang
- Bermula daripada membeli kereta yang salah menyebabkan beban kewangan daripada fresh graduate, akhirnya membawa ke alam rumah tangga.
- Permasalah kewangan akan lebih kronik apabila berhutang untuk kahwin. Sudahlah masa belajar berhutang (PTPTN, MARA, JPA dll), selepas grad berhutang beli kereta, nak kahwin tambah satu lagi hutang personal loan!
- Apabila masalah kewangan mulai bertambah, orang akan cuba cari solusi seperti buat hutang baru untuk tutup hutang lama, atau pun cari kerja part time untuk tambah pendapatan.
- Realitinya, solusi yang dibuat tadi hanya menyelesaikan masalah kewangan untuk jangka masa pendek dan dalam masa sama menimbulkan masalah-masalah baru.
- Buat hutang baru untuk selesai hutang lama akan menyebabkan tempoh hutang makin panjang. Ada juga yang pendapatan makin besar dalam masa sama perbelanjaan juga bertambah.
- Selain dari berhutang, ada yang cuba selesaikan masalah kewangan dengan buat kerja part time, buat bisnes part time, cari kerja lain yang dpt gaji lebih tinggi dsb
- Tapi apa yang berlaku ialah, masalah kewangan tidak selesai. Dari gaji RM1,500 naik ke RM2,000 – masalah kewangan tak selesai. Naik ke RM3,000 – pun tak selesai. Pendapatan naik ke RM5,000 ke RM10,000 pun masalah sama berlaku.
- Sebenarnya ada satu perkara lagi yang lebih penting yang ramai terlepas pandang – UBAH MINDSET. Mindset umpama akar pada sebatang pokok.
- Jika sesuatu pokok itu mengeluarkan buah yang tidak elok, yang kena kita baca ialah “akar”, maka begitulah juga masalah kewangan. Yang kita kita kena fokus ialah “akar” permasalahan, bukannya “buah”
- Fokus untuk baiki “akar” iaitu mindset kita tentang kewangan. Kena letak “baja” dengan ilmu melalui bahan pembacaan dan pembelajaran.
Ini antara konten daripada Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW yang mengandungi Modul Kewangan I.N.F.A.Q
Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu
- Aliran Tunai
- Aset dan hutang
- Simpanan
- Perlindungan
- Pelaburan
- Penyucian
- Pewarisan
Boleh dapatkan di www.bukuBMW.com utk pra tempahan buku Bijak Merancang Wang, setebal 320 muka surat halaman warna.
Buku ini adalah buku fizikal yang sedang dalam pembikinan dan cetakan. Pembeli akan terima pada bulan hadapan.
Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.
Memandangkan ia adalah pra-cetakan, untuk mengelakkan pembeli rasa lama menunggu, kami sediakan HADIAH percuma bagi 1,000 pembeli pertama.
1,000 pertama akan dapat hadiah 2 hadiah.
- Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!
- Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.
Ketik www.bukuBMW.com
Ketik www.bukuBMW.com
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran