Tangguh Atau Bayar Pinjaman Kereta

Di petik dari FB Razzaaq Ajaq

Bila bank bagi penangguhan bayaran untuk pinjaman. Ada yang kata tangguh je, ada yang kata bayar macam biasa.

Saya nak fokus pada pinjaman kereta. Kalau pinjaman kereta kita tangguh bayaran berbaloi tak?

Bergantung pada situasi. Kena faham dulu pengiraan bulanan pinjaman kereta dah termasuk dengan kadar ‘interest’.

Jadi kalau kita tangguh bayar pinjaman, jumlah total bayaran dan bulanan kita tak akan berubah pun. Mudah kan? Tangguh je bayar.

Tapi kena ingat, pinjaman kereta selalu digelar ‘Underwater Equity’ yang bermaksud hutang kereta kita selalunya lebih tinggi dari harga pasaran kereta.

Walaupun kita tangguh bayaran, harga pasaran kereta kita tetap akan terus jatuh tanpa bertangguh terutama kereta baru bawah usia 3 tahun.

Susut nilai paling tinggi 3 tahun terawal. Dan hutang kereta kita pula masih lagi banyak. Perbezaan hutang dan harga pasaran kereta menjadi semakin besar.

Kalau jenis pakai kereta lebih dari 10 tahun mungkin tiada isu. Tapi yang jenis tukar setiap 5 – 6 tahun mungkin kena ‘topup’ duit masa nak jual nanti.

Jadi nak ambil ke tak penangguhan pinjaman kereta? Ikut situasi dibawah.

Ambil kalau :
1. Tak rancang nak tukar kereta lagi 1-2 tahun.
2. Dulu masa beli, deposit kereta lebih 20%.
3. Tempoh pinjaman 5 tahun dan ke bawah.
4. Beli kereta terpakai.
5. Gaji dan pekerjaan akan terkesan.
6. Tiada simpanan kecemasan.

Jangan ambil kalau :
1. Nak tukar kereta dalam masa terdekat.
2. Pinjaman 9 tahun.
3. Skim graduan ataupun tiada deposit.
4. Kereta baru
5. Gaji dan pekerjaan tidak terkesan.
6. Ada simpanan dan mampu bayar macam biasa.

Semua bergantung pada kita. Penangguhan bukan tak kena bayar. Rancang ikut situasi masing-masing.

 

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com