fbpx

Tatakelola dan kepentingan audit syariah dalam perbankan Islam Malaysia: Tinjauan dan pembandingan dengan koperasi PPIM dan KOPPIM

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 344Words
  • 464Views

Tahukah anda, perbankan Islam mempunyai tatakelola dan audit yang sangat ketat untuk memastikan perjalanan mereka benar-benar patuh syariah.

Ini buktinya, salah satu laporan audit syariah yang dikeluarkan oleh salah sebuah perbankan Islam di Malaysia.

Laporan ini boleh didapati di website bank-bank Islam untuk tatapan umum.

Dalam laporan ini, penasihat syariah mengenalpasti beberapa insiden yang tidak patuh syariah, yang dilakukan oleh bank.

Inilah fungsi panel-panel syariah. Mereka bulan sahaja dibayar untuk menasihat dan meluluskan produk patuh syariah, malah juga untuk menyemak perjalanan operasi produk berkenaan benar-benar mematuhi syariah.

Dalam kes di atas, berlaku 8 insiden tidak patuh syariah yang dikenal pasti sepanjang tahun berkenaan.

Kesan daripada itu, pihak perlu bersihkan pendapatan tersebut dan perlu maklumkan kepada pelanggan dan jika perlu, kontrak baru perlu dibuat.

Sebab itu pentingnya audit syariah, selain audit kewangan.

Mungkin ada yang kata “Nampak tak aku kata, perbankan Islam pun sama dengan konvensional, tak patuh syariah”.

Ia bukan begitu saudara. Selalu makhluk, perbankan Islam memang terdedah kepada seribu satu kelemahan. Tapi mereka berusaha untuk menjadikan perbankan Islam patuh syariah. Sebab itu mereka ada audit syariah sebegini rupa.

8 insiden ini adalah oeratsusn kecil daripada keseluruhan kontrak dan produk perbankan Islam yang bernilai billion-billion.

Kesilapan ini bulan kesilapan yang dirancang tapi ia atas dasar kelemahan manusia.

Kalau tanya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dapat tak mereka keluarkan laporan audit dan kewangan tahunan mereka?

Bagaimana pula dengan audit KOPPIM? Berapa ramai dah ahli koperasi yang melabur dan bertanya, tapi tak dapat jawapan tuntas.

Ahli-ahli nak tahu perkembangan projek-projek pelaburan dan bisnes seperti Malakat Mall, Bank Noriba dan sebagainya.

Takkan nak tahu audit report pun kena datang Malakat Mall baru boleh dapat jawapan?

Teknik ni dah lapuk sangat dah. Biasanya yang lakukan perkara sebegini ialah scammer. Takkanlah PPIM dan KOPPIM buat perangai macam scammer kan.

Sebab itu saya berani katakan, pihak yang menuduh dan mengfitnah perbankan Islam haram, riba dan tidak patuh syariah – hanya pandai berkokok sahaja di media sosial.

Apabila diajak berdiskusi tajuk ini, macam-macam alasan diberikan.

Terima kasih kepada Ustaz Ashraf Latīf yang kongsikan info ini.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Akhir-akhir ini ramai yang berminat untuk langgan produk elaun hospital.…