fbpx

MAE: Patuh Syariah atau Tidak?

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 719Words
  • 524Views

MAE: Patuh Syariah atau Tidak?

Minggu lepas Maybank memperkenalkan akaun eWallet Maybank Anywhere, Everyone atau MAE.

Sekarang timbul polemik tentang hukum membuka akaun MAE, sama ada patuh syariah atau tidak.

Saya terjerumus sekali dalam polemik ini apabila memberi pandangan berbeza dalam status Ustaz Lariba yang mengatakan ia tidak patuh syariah.

Saya komen selepas beberapa rakan tag untuk berikan pandangan. Mungkin sebab saya agak agresif mempromosi MAE sebaik sahaja ia dilancarkan minggu lepas.

Pandangan sama juga saya update sebagai status FB saya semalam.

Ia juga dibincangkan dalam beberapa group tertutup yang saya sertai melalui telegram dan WhatsApp bersama rakan-rakan yang terlibat sebagai pegawai syariah bank-bank Islam tempatan.

Di dalam group-group itu, majoriti besar ialah rakan-rakan yang terlibat secara langsung di dalam perbankan Islam sebagai pegawai penasihat syariah dan saya dijemput sekali walaupun saya bukannya berkelayakan.

Yang menariknya, di kalangan ahli group juga ada pelbagai pandangan berbeza dibincangkan secara matang dan sejahtera dengan hujahan masing-masing.

Apapun, kami dan kita semua menunggu kata putus daripada pematuhan syariah Maybank untuk memberi pandangan mereka selaku pihak autoriti.

Suka saya kongsikan pandangan-pandangan tersebut dan hujahan syarie.

A. MAE tidak patuh syariah.

  1. Apabila diwajibkan pengguna deposit RM10 ke akaun tersebut, ia mewujudkan “qard” (hutang) di antara Maybank dan pengguna kerana Maybank boleh gunakan wang tersebut.
    Apabila pengguna selaku pemberi hutang, dan kemudiannya mendapat benefit dari MAE, maka manfaat itu adalah riba sekalipun bukan manfaat dalam bentuk interest secara langsung.
  2. MAE dibangunkan oleh Maybank konvensional maka ia akan digunakan untuk urusan kewangan konvensional yang tidak patuh syariah.
    Apabila ia berlaku, maka pengguna MAE menyokong kewangan riba secara tak langsung.

B. MAE harus, tidak ada isu syariah

  1. MAE tidak memberi sebarang interest kepada pengguna. Deposit RM10 itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
    Malah ada juga pengguna yang tidak meletakkan deposit RM10 masih dapat menikmati manfaat dari MAE.
  2. MAE hanyalah platform eWallet, sebagaimana Maybank2u sebagai platform e-Banking.

    Jika MAE dikatakan menyokong perbankan konvensional, maka Maybank2u juga juga mempunyai isu sama kerana kedua-duanya dibangunkan oleh Maybank konvensional.

KESIMPULAN PERIBADI

Perlu saya tegaskan, saya bukanlah ahli dalam bidang muamalat. Saya hanya konsultan dalam bidang perkhidmatan kewangan Islam. Tak lebih dari itu.

Saya kongsikan perkara ini dengan rasa tanggungjawab memandangkan minggu lepas saya agak aktif mempromosi eWallet MAE ini tanpa sedar beberapa isu syariah yang timbul.

Secara peribadi, pada awalnya tidak nampak sebarang isu syariah langsung. Sementalah melihat kawan-kawan yang terlibat dalam perbankan Islam turut mempromosinya.

Namun selepas mengikuti isu ini lebih rapat dan berhubung secara personal dengan rakan-rakan dalam bidang muamalat Islam dan berbincang isu ini, saya tarik “hand-brake”.

Malah saya juga dinasihati untuk tidak mempromosi lagi MAE sehingga diberi kata putus.

Silap saya kerana tidak mengambil tindakan proaktif dan membuat kesimpulan sendiri.

Jadi, dengan penuh keinsafan saya berhenti dahulu promosi MAE saya dan juga menyeru rakan-rakan membuat perkara sama supaya ia mendekati taqwa.

ADA HIKMAH

Ada hikmah polemik yang berlaku. Antaranya ialah ramai yang semak balik nombor akaun Maybank masing-masing untuk semak sama ada ia patuh syariah atau tidak.

Itu tidak ada sebarang khilaf, bahawa akaun konvensional sama ada akaun simpanan atau akaun semasa – haram dan tidak patuh syariah.

Jika nombor akaun bermula dengan 10, 11 atau 51, maka ia akaun konvensional. Jika patuh syariah, ia bermula dengan 15, 16 atau 56.

Yang pakai akaun konvensional, tidak ada alasan untuk tidak berhijrah.

WHAT’S NEXT?

Berbalik kepada akaun MAE saya, nasib baik duit dalam eWallet baru RM60, yang diperolehi dari hari pertama install.

Tapi ada 200 lebih “chance” yang terkumpul yang belum digunakan.

Jika purata satu “chance” saya boleh memperolehi RM1 bermakna secara total lebih kurang RM200. Jika purata RM3, boleh dapat total RM600! Boleh bayar installment kancil 2 bulan. Hoho!

Mungkin ada “signal” dari Allah apabila saya hanya tergerak untuk bermain game MAE pada hari pertama sahaja dan biarkan chance itu terkumpul hingga 200++ dan terus bertambah selepas status ini.

Kita tunggu kata putus dari Maybank Islamic terlebih dahulu sebelum membuat tindakan selanjutnya.

Jika ia tidak patuh syariah, wang yang ada itu kita salurkan kepada Baitul Mal dan tutup akaun. Tapi jika ia tidak ada isu syariah, kita main sampai lebam.

Panjangkan perkara ini kepada rakan-rakan lain supaya kita semua berhati-hati.

Afyan Mat Rawi (jemput like dan klik see first untuk lagi tip kewangan dan kehidupan)

Bagi rakan-rakan yang baru follow, jemput sertai Channel Telegram t.me/AfyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Klik t.me/AfyanIFP 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Aznah Arshad berkenaan plan persaraan. Apa yang pasti…