Tersontot Di Jalan Yang Terang
Sebagai pemain dalam industri takaful, saya terpanggil untuk memberi komen tentang isu ini apabila Cikpuan Anis Hafiza berkongsi screnshoot ini di FB beliau.
Utk posting asal, boleh rujuk FB beliau.
Selaku konsultan takaful, ia ibarat kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Ia merosakkan industri takaful.
Saya cuba sedaya upaya berikan pandangan tengah dalam isu ini.
Bagi pihak pelanggan, jika benar anda diperdaya oleh ejen takaful, kalian mempunyai jalan keluar yang luas.
Saya namakan tersontot di jalan yang terang.
Berbeza dengan tersontot di jalan yang gelap seperti kena scam oleh Mecca Fund, Alfafa, ARBA, Tok Belagak dan sebagainya – duit yang hilang tidak ada harapan dapat balik.
Jika diperdaya oleh ejen takaful, kalian boleh buat aduan rasmi kepada BNM selaku pengawal selia industri. Inilah dipanggil tersontot di jalan yang terang, berbeza dengan tersontot di jalan yang gelap tadi.
Saya yakin jika dibuat aduan rasmi, dgn bukti kukuh – boleh dapat balik wang caruman 100%.
Saya pernah bantu beberapa kali kes misleading takaful dan insurans sehingga dapat balik refund 100% disebabkan ejen misleading.
– Ada kes bagi duit pada ejen, tapi ejen tak bayar – dapat dull refund.
– Ada kes ejen kata 90% saving dalam takaful haji tapi hakikatnya 90% masuk tabung tabarruk – dapat 100% refund.
– Ada kes klien nak langgan takaful tapi dapat insurans konvensional – dapat 100% refund.
Jadi dalam kes ini, JIKA BENAR klien diperdaya oleh ejen yang misleading – saya berani jamin boleh dapat 100% refund.
Dengan syarat, klien perlu buktikan perkara tersebut.
Situasi di atas kali pertama saya dengar. Risau juga sebab saya pun kendalikan Seminar Bijak Merancang Wang.
Mujur saya tidak mengsyaratkan peserta melanggan takaful melalui saya. Jika tidak, masak kena hentam. Hahaha
Apapun, mengsyarat bayaran takaful dalam pakej training seperti di atas, saya tak nampak ia sebagai misleading jika ia memang jelas dinyatakan sebelum bayaran dibuat.
Jika tidak mahu, tidak perlu join training tersebut. Sefaham saya itu ialah tawarkan training upsell dari training pertama untuk training kedua.
Dalam hal di atas, klien perlu membuktikan bahawa dia diperdaya oleh ejen yang misleading.
Saya memang tak berani buat upsell dari seminar saya. Untuk mengelak isu-isu begini. Upsell tak salah. Yang salah ialah misleading.
Boleh rujuk para bekas peserta seminar yang saya kendalikan (melalui hashtag #SeminarBMW), memang saya sedaya upaya untuk tidak mempromosi spesifik produk yang saya jalankan. Jika mahu nasihat spesifik tentang produk, di luar seminar.
Dalam seminar, secara profesional saya berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman saya untuk membantu peserta merancang dan mengurus kewangan sebagaimana yang ditulis di iklan promo seminar http://infaq.my/seminar-bmw. Bukan untuk promote produk.
Wassalam.
Afyan Mat Rawi
Trainer #SeminarBMW
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran