Tiga fakta penting sewaktu membeli emas di KAB Gold
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/kabgold-edited.jpeg?resize=678%2C509&ssl=1)
Tiga fakta penting sewaktu membeli emas di KAB Gold.
1. Baki stok sentiasa dikemaskini.
Ini perkara wajib yang anda perlu pastikan sebelum membeli emas dan syukurlah ia sangat-sangat dititik beratkan oleh pihak KAB Gold.
Anda boleh melihat sendiri kedudukan baki emas terkini yang dipaparkan di dalam sistem. Sekiranya stok tersedia, anda boleh beli tanpa rasa was-was.
Apa berlaku sekiranya membeli emas yang tak wujud? Ia adalah riba.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/f30318be-15a8-44fc-ae69-f13dededb14e.jpg?resize=678%2C678&ssl=1)
2. Tak perlu tinggalkan baki minima.
“Emas pembeli adalah hak pembeli, mereka berhak untuk keluarkan sepenuhnya”
Ini yang seronok dan majoriti pelanggan sangat suka kelebihan ini disebabkan mereka boleh mengeluarkan sepenuhnya emas tanpa perlu mengekalkan sejumlah baki di dalam akaun.
3. Berpegang pada tagline ‘dipandu oleh syariah’
Syarikat ini dimiliki bersama oleh Ustaz Khairul Anuar Basri dan Tan Sri Dr Daud Bakar. Tak cukup dengan itu, mereka melantik Dr Ahmad Sufyan sebagai penasihat syariah.
Ketiga-tiga individu ini mempunyai latar belakang dalam bidang muamalat yang tidak boleh dipertikaikan dan secara tidak langsung ini menunjukkan komitmen syarikat untuk memastikan kepatuhan syariah ditegakkan sepenuhnya dan bukan di hanya di atas sekeping kertas semata-mata.
Berminat nak simpan emas tanpa rasa ragu-ragu? Klik di sini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran