fbpx

Formula Mudah Zakat ASB

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 453Words
  • 514Views

Dalam posting Lembaga Zakat Selangor ini, saya terlihat beberapa komen yang tertanya – tanya tentang 74.5% yang terdapat dalam formula zakat ini.

 

Formula Mudah Zakat ASB:

 

[ Modal Asal Pelaburan + ( (Dividen + Bonus) x 74.5% ) ] x 2.5% = Zakat ASB

74.5% itu bermaksud, 25.5% itu perlu dibersihkan atau cleansing, kerana dianggap ia bersumberkan pelaburan ASB yang tidak patuh syariah.

Nilai itu berbeza-beza setiap tahun. Bergantung kepada laporan pelaburan ASB. Yang perlu dizakatkan hanyalah jumlah pokok dan ditambah jumlah keuntungan ASB yang patuh syariah sahaja.

Berdasarkan laman web Zakat Selangor, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja. Namun sekiranya pembayar ingin membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.

Setiap tahun jumlahnya berbeza-beza berdasarkan laporan pelaburan PNB.

2015 – 0%, tiada kadar keuntungan yang tertakluk kepada zakat kerana fatwa terdahulu memutuskan ASB tidak patuh syariah.

2016 – 66%

2017 – 69%

2018 – 72%

2019 – 74.5%

2020 – 74.5%

Bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

 

Berikut adalah contoh simulasi pengiraan zakat ASB

(1) MODAL

Modal pelaburan: RM100,000

(2) KEUNTUNGAN ASB TAHUN 2020:

Pengagihan pendapatan tahun 2020 (4.25%): 100,000×4.25% = RM4,250

Bonus tahun 2020 (0.75% untuk 30,000 unit pertama): 30,000×0.75% = RM225

TOTAL KEUNTUNGAN: 4,250+225 = RM4,475

(3) JUMLAH KEUNTUNGAN KENA ZAKAT

Item No 2 × jumlah patuh syariah tahun 2020 (74.5%)

Total Keuntungan × 74.5%

RM4,475 × 74.5% = RM3,333.875

(4) JUMLAH ZAKAT

(Item No 1 + item No 3) × kadar zakat (2.5%)

(Modal + Jumlah Keuntungan Kena Zakat) × 2.5%

(RM100,000 + RM3,333.875) × 2.5%

RM103,333.875 × 2.5% = RM2,583.35

Jadi, jumlah zakat jika modal pelaburan ASB RM100,000 adalah RM2,583.35.

 

Bermaksud, daripada RM100,000 sepanjang tahun 2020, wang itu berkembang menjadi RM104,475 (100,000+4,475). Kemudian tolak zakat jadi jadi RM101,891.65 (104,475−2,583.35).

Jika ada kesilapan dalam kiraan di atas, mohon pembetulan.

Pendekatan ini berbeza setiap pusat zakat negeri. Ada negeri yang mengambil pendekatan zakat 2.5% ke atas keseluruhan tanpa perlu cleansing.

Topik ini dalam modul Modul Kewangan I.N.F.A.Q yang terkandung dalam #bukuBMW

Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu

  1. Aliran Tunai
  2. Aset dan hutang
  3. Simpanan
  4. Perlindungan
  5. Pelaburan
  6. Penyucian
  7. Pewarisan

Boleh dapatkan buku Bijak Merancang Wang di BukuBMW, setebal 320 muka surat halaman warna.

Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.

 

Siapa yang dapatkan buku ini akan terima juga hadiah:

  1. Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!
  2. Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.

Ketik BukuBMW

Ketik BukuBMW

Ketik BukuBMW

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Baru-baru ni saya ter"menonton" drama Gerak Khas. "Ter" sebab anak…