fbpx

Tip RM | Kualiti VS Populariti

  • 8 years ago
  • 1Minute
  • 177Words
  • 446Views

Tip RM | Kualiti VS Populariti.

Kualiti dan populariti adalah 2 perkara berbeza.

1

Dalam menggunakan fasiliti dan produk kewangan yang ada di pasaran, jangan semata-mata terpengaruh dengan populariti dan branding.

Populariti dan branding adalah aktiviti marketing. Ia tiada sangkut paut dengan kualiti produk yang kita langgani.

Contoh, unit amanah yang paling baik dari sudut performance dan ROI bukan datang dari syarikat unit amanah yang paling popular.

Contoh lain, produk takaful / insurans yang paling baik dari sudut harga dan coverage tidak semestinya datang dari syarikat takaful / insurans paling popular.

Contoh lain lagi, bank yang menawarkan servis, fasiliti dan rate paling baik pun tidak semestinya datang dari bank yang paling popular.

Biasa berlaku, kos marketing yang tinggi untuk television, media, billboard dan sebagainya – diserap ke dalam harga produk yang dibayar oleh pelanggan menjadikan ia lebih tinggi harganya berbanding produk yang tidak popular yang tiada sebarang promosi meluas.

Kita dapat apa yang kita bayar. Kita bayar untuk kualiti, kita dapat kualiti. Kita bayar untuk brand, memang kita dapat brand.

Analogi mudah, apa beza antara; Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Sri Angkasa?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
PERHATIAN buat pemegang polisi takaful. Terutama bagi yang melanggan medical…