fbpx

Tip RM | Memberi Hutang

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 215Words
  • 375Views

Tip RM | Memberi hutang.

Antara aduan yg biasa saya terima ialah kes hutang dengan kawan-kawan tapi tak bayar.

Saya pun pernah alami, orang berhutang tapi tak bayar-bayar. Yang paling lama, hutang masa belajar di Pusat Matrikulasi UIAM.

Isu utama ialah apabila kawan-kawan minta tolong ingin pinjam duit dan berhutang.

Ini tip yg saya ingin kongsikan.

  1. Pertama, jika kita tidak yakin kawan itu boleh bayar balik, lebih baik jangan beri hutang.
    Lebih baik, dia marah kita sebab kita tidak mahu beri dia hutang daripada kita terpaksa marah-marah dia ketika hendak kutip hutang kita kelak.
  2. Kalau kita ingin berikan juga, berikan jumlah yg kita tidak kisah jika dia tidak bayar.
    Sebab, kita boleh anggap ia sebagai sedekah pada akhirnya, dan kita akan dapat dua pahala.
    Pahala memberi hutang dan pahala bersedekah.
  3. Sebagai pemberi hutang, kita ada pilihan dan hak untuk tidak menghalalkan hutang kita.
    Ia boleh dituntut di akhirat kelak untuk memindahkan pahala mereka kepada kita sebagai ganti hutang yang mereka tak bayar lagi.

Akhir kata;
Bagi yg berhutang pula, ketahuilah bahawa hutang wajib dibayar sekalipun tidak dituntut.

Kepada kawan-kawan yang pernah berhutang dari zaman belajar hingga sekarang, aku tengok je dari jauh…

Afyan Mat Rawi
Kalau saya ada berhutang, ingatkan saya untuk bayar. Seingat saya dah bayar semua hutang dengan manusia.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan Tuan Izzkandar Nordin dan Puan Ainon Mohd tentang alasan. Muhasabah untuk diri sendiri.…