6 Bulan Bayar Installment, Tak Kurang Walaupun RM1 !!

Saya bertemu dengan seorang ex-banker yang berkongsi maklumat yang mengejutkan ini.

Gambar ini daripada kes sebenar, penyata pembayaran pinjaman perumahhan seorang pelanggan bank.

Bayaran setiap bulan adalah sama, RM941.00 sebulan.

Baki awal tahun, RM165,040.51.

Selama 6 bulan, pelanggan membayar installment seperti biasa, dan jumlah baki di hujung penyata RM165,040.51!

TAK KURANG WALAUPUN RM1!!!

Terkejut bukan kepalang!

Bayar konsisten setiap bulan, tapi baki prinsipal hutang rumah tak berkurangan!

OH RUPA-RUPANYA, dalam kes ini, peminjam ada default payment sebelum ini. Maknanya ada bayaran yang tak tepat masa.

Walaupun selepas bayar ansuran macam biasa, ia tak memadai. Sebab ada default clause yang dilanggar. Ia MUNGKIN menyebabkan jasad BLR meningkat. Ia terdapat dalam offer letter dari bank.

Beliau kongsikan lagi beberapa kes lain, sungguh mengejutkan.

  • Ada kes, selepas bayar 5 tahun, tempoh bayar balik tak berubah. Tempoh pinjaman 28 tahun, selepas 5 tahun bayar, tempoh pinjamam masih sama.
  • Ada kes, peminjam bayar sampai habis tempoh tapi selepas bayar installment terakhir, bank beritahu tempoh ada lagi 6 tahun perlu bayar!
  • Ada juga kes, selepas setahun mengambil pinjaman, tempoh pinjaman bertambah dari 30 menjadi 33 tahun!!!

Nanti saya dapatkan detail dan kongsikan lagi.

Cara kiraan bank untuk pinjaman perumahan, dalam banyak keadaan tak sama dengan apa yang keluar dalam financial calculator.

Kes-kes di atas, ada beberapa punca yang dikesan.

  • Kadar BLR meningkat, tapi klien tidak ambil maklum
  • Peminjam kurang berdisiplin bayar installment, menyebabkan “interest” dikenakan secara harian. Ini punca kes dalam sample di atas.
  • Ketika BLR meningkat, bayaran installment tak ditingkatkan
  • Paling utama ialah berdasarkan jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan. Saya secara personal sempat langgan fasiliti pembiayaan rumah yang flat rate, tapi kadarnya agak tinggi berbanding yang lain. 10 tahun lepas punya cerita.

Saya pun sedang semak balik penyata pembiayaan rumah saya dan isteri.

Saya sedang dapatkan maklumat daripada bank penyata pembayaran terkini pembiayaan perumahan saya.

Daripada situ, boleh rancang untuk memendekkan tempoh pembiayaan yang dibuat.

Berdasarkan perbincangan tadi, sebenarnya hanya perlu top-up sekitar 5% ke 10% untuk memendekkan tempoh pembiayaan daripada 25%, atau top up 50% ke 80% untuk kurangkan sehingga 75% tempoh pembiayaan.

Ada tak dari kalangan Tuan-Puan yang ada membuat pembiayaan perumahan?

Boleh lakukan perkara sama. Dapatkan penyata pembayaran balik pinjaman daripada bank.

Kemudian tengok baki terakhir dan tempoh pembiayaan yang tinggal.

Nanti boleh kongsikan pengalaman di sini.

Moral of the story : Bank adalah institusi perniagaan, bukan badan kebajikan. Jika pandai, kita boleh untung gunakan fasiliti bank. Silap gaya, boleh terjerumus ke #nerakawang

Nota 1: Setiap bank berbeza-beza pendekatan. Perlu rujuk balik kpd kontrak dan offer letter.

Nota 2: Dalam kes di atas, kes dari bank konvensional. Kalau perasan, di hujung saya gunakan perkataan “pembiayaan” apabila merujuk kpd fasiliti yg saya langgan daripada perbankan Islam.

Nota 3: Kepada rakan-rakan banker, lawyer, REN yang mempunyai pengalaman, boleh kongsikan pandangan. Jika salah, mohon perbetulkan. Saya akan betulkan.

Afyan Mat Rawi
Bukan banker, lawyer, atau REN

Baca sampai habis? Minta tolong sikit boleh?

1. Follow dan klik see FB.com/afyan.ikhlas ini first jika belum
2. Klik share posting ini
3. Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
Telegram t.me/AfyanIFP
YouTube.com/c/AfyanIFP
Instagram.com/Afyan.IFP

UPDATE: Sambungan isu ini disini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com