Tip Tambahan Untuk Beli Kereta

Tempoh hari saya kongsikan video dari ML Studios berkenaan tip membeli kereta.

Sebenarnya ia adalah kompilasi dari posting-posting lama saya berkenaan topik sama, cuma ia kali pertama dipersembahkan dalam bentuk video 3 minit.

Seperti biasa, akan ada banyak kecaman yang diterima. Hahahaha!

Boleh tonton video itu disini

Jadi berikut saya kongsikan tip tambahan utk beli kereta bagi yang bergaji kecil.

1. Tak payah beli kereta pun takpa. Naik motor pun ok. Boleh jimat banyaaaaaaaaaak.

2. Nak juga beli kereta? Kalau tak tahan sangat beli kereta, beli je kereta murah. Gaji RM2,000 dah boleh beli kereta Perodua Axia basic.

3. Taknak kereta Malaysia? Nak beli kereta import? Beli la yang 2nd hand.

4. Bahaya naik motor? Naik la public transport.

5. Tempat kerja tak ada public transport? Cari tempat kerja yang ada public transport.

6. Rumah tak ada public transport? Cari rumah yang ada public transport.

7. Tak nak naik public transport? Kerja dari rumah. Kerja sendiri.

8. Nak beli kereta mahal juga walaupun gaji kecil? Buat kerja lain yang boleh bagi gaji lagi besar.

9. Nak beli kereta juga sekarang walaupun gaji kecil? Belilah, bukan duit saya pun.

Nah, apa lagi alasan nak bagi?

Bro, hidup ini penuh dengan pilihan.

Hidup kita adalah apa yang kita pilih.

Sampai bila nak hidup dengan menyalahkan pihak lain dan bermentaliti mangsa?

Masih nak bagi alasan? Lantaklah….

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com