Tips beli rumah kediaman
Dipetik dari FB Alif Ahmed
Tips beli rumah untuk didiami.
Sebaiknya harga rumah tidak melebih 36x gaji/pendapatan. Supaya jika menggunakan instrument financing, hidup tidak rasa kesempitan dari hutang rumah, kereta dan sebagainya.
Katakanlah:
Alif bergaji/berpendapatan 5k sebulan. Rumah yang sebaiknya dibeli tidak melebihi dari;
5k x 36 = 180k
Ansuran bulanan untuk rumah (jika menggunakan instrument financing) ialah sekitar ±700~850 untuk tempoh ±30~35tahun (ambil kira rate 3-5%).
700 ÷ 5000 = 0.14
850 ÷ 5000 = 0.17
Jadi portion pembiayaan rumah hanya 14~17% dari jumlah pendapatan. Tidak melebihi 20% pendapatan. Tak terlalu besar.
Dari sudut financial planning, sebaiknya agihan pendapatan dibahagikan 30/30/30/10.
Sekiranya 30% diperuntukkan untuk hutang piutang, setelah ditolak hutang rumah, maka masih ada baki sekitar 10-15% untuk hutang-hutang yang lain; ie kereta, pendidikan dan lain-lain.
*tambahan
– Pada akhirnya, kita tetap membeli dengan emosi. Pengurusan kewangan membantu kita untuk lebih rasional.
– Ini bukan soal harga rumah, ia soal menguruskan kewangan kita.
Nak tahu 7 pillars in financial planning?
Alif
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran