Tips Menyimpan Wang
Tulisan di bawah diambil dari FB Tuan Rashid Mohaimin yang berkongsi tentang tips menyimpan wang.
Tabung 2019
===========
Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada rakan-rakan sekalian.
Kita berada di bulan Januari bermakna ada 12 bulan untuk merancang dan set target untuk dicapai sepanjang tahun ini.
Saya kongsikan beberapa tips menyimpan untuk panduan kita bersama:
1. Tabung sekolah
– katakan anak kita akan mula bersekolah pada tahun hadapan dengan jumlah perbelanjaan kasar RM1000. Mulai bulan ini mula dengan menyimpan RM50 atau RM100. Jika menyimpan RM50 sebulan di akhir tahun akan ada simpanan sebanyak RM600. Jika simpan RM100 sebulan maka kita akan ada RM1200 di akhir tahun.
2. Tabung Raya
– Setiap tahun kita akan menghadapi bulan perayaan. Umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Jun 2019. Kita ada lebih kurang 5 bulan untuk sampai ke bulan Syawal. Mulakan dengan buat kiraan berapa perbelanjaan kasar ketika hari raya. Katakan belanja kasar dalam RM500. Boleh gunakan formula (RM500/5bulan = RM100). Jadi kita perlu simpan RM100 sebulan untuk tujuan raya.
3. Tabung Korban
– Kita disunatkan untuk menyembelih binatang korban pada Hari Raya Aidil Adha yang akan jatuh pada bulan Ogos 2019. Ada lebih kurang 7 bulan untuk menyimpan. Seekor lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian. Jika seekor lembu berharga Rm4000, maka satu bahagian bersamaan RM571++. Kita boleh gunakan formula tadi untuk membuat simpanan daripada sekarang (RM571/7bulan = RM81 sebulan).
4. Tabung Jalan/Melancong
– Di akhir tahun pasti kita berhasrat untuk pegi berjalan-jalan atau melancong. Rancang dari sekarang ke mana kita hendak pergi pada akhir tahun nanti. Katakan kita ingin berjalan ke tempat peranginan dengan kos kasar RM1000 pada bulan Disember. Kita ada 10 bulan untuk menyimpan. Gunakan formula tadi (RM1000/10 bulan = RM100). Maka kita perlu simpan Rm100 sebulan untuk tujuan ini.
Dengan mensasarkan 4 jenis simpanan ini kita akan dapat:
1. Beli kelengkapan sekolah anak dan melancong pada bulan Disember 2019.
2. Dapat sediakan persiapan raya tanpa gusar.
3. Korban 1 bahagian lembu.
Semoga bermanfaat.
.
.
.
Rashid.
INFAQ Consultancy.
Plan Your Wealth, Change Your Life.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran