fbpx

Touch n Go vs RFID

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 487Words
  • 565Views

Saya ingat-ingat lupa sejak bila saya pakai Touch n Go. Kalau tak silap, sejak mula-mula pakai kereta kira-kira 18 tahun yang lalu. Selepas beberapa tahun menggunakannya, saya sangat berpuas hati sebelum tambah servis Smart Tag.

Saya sungguh berpuas hati menggunakan Touch n Go + Smart Tag, dan register Zing Card Maybank untuk memudahkan proses reload tanpa perlu pergi ke kaunter.

Sejak 2018 apabila RFID diperkenalkan, saya terus menggunakannya.

Sehingga ke saat ini, saya gunakan Touch n Go (+ Smart Tag + Zing Card) dan RFID, dan berikut adalah perbandingan serta pro dan kontra penggunaannya.

PERSAMAAN TOUCH n GO & RFID
Kedua-duanya digunakan untuk memudahkan proses pembayaran tol apabila menaiki kenderaan di lebuh raya.

KELEBIHAN TOUCH n GO
– TnG bukan hanya digunakan untuk bayar tol. Ia juga boleh digunakan untuk bayar parking, menaiki kenderaan awam dan sebagainya.
– TnG tidak terikat dengan kereta. Jadi, jika seorang pengguna TnG boleh bertukar-tukar kenderaan menggunakan kad yang sama. Ia sesuai dalam situasi bertukar-tukar kenderaan atau meminjam kenderaan.

KELEMAHAN TOUCH n Go
– Kena reload secara manual. Ini kelemahan paling besar TnG berbanding RFID yang boleh reload secara online dan ada auto-reload. Jika nak buat reload secara automatik, perlu daftar dan padankan dengan Zing Card.
– Kena berhenti ketika pembayaran tol dibuat. Nama pun TOUCH n GO, memang perlu berhenti dan “touch” dulu, baru boleh “go”. Pengguna TnG perlu memasang Smart Tag yang membolehkan mereka bayar di laluan khas Smart Tag tanpa perlu berhentikan kenderaan.
– Apabila menggunakan Smart Tag, ia memerlukan bateri. Jika habis bateri, maka kena ganti baru.


KELEBIHAN RFID
– Ada fungsi auto reload dan terus link kepada aplikasi di telefon bimbit. Ini memudahkan pengguna supaya tidak perlu buat secara manual sebagaimana TnG.
– Tidak perlu berhentikan kereta ketika pembayaran RIFD dibuat di palang tol. Ia wujud “by default” tanpa memerlukan tambahan aksesori.
– Aplikasi e-wallet RFID dapat digunakan untuk pelbagai kegunaan dan urusan online seperti e-wallet lain.

KELEMAHAN RFID berbanding TnG
– RFID akan terikat dengan kereta kerana stikernya perlu ditampal pada lampu atau cermin depan kenderaan. Maknanya bagi pemilik yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan, perlu tampal satu stiker RFID bagi setiap kenderaan.
– RFID hanya digunakan untuk pembayaran tol sahaja berbanding kad TnG yang boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti parking dan pengangkutan awam.
– Apabila stiker dilekatkan pada cermin atau lampu depan, ia menimbulkan masalah apabila berlaku kemalangan yang menyebabkan cermin atau lampu depan pecah dan perlu ganti baru. Apabila ia diganti baru, stiker RFID juga perlu diganti

CADANGAN DAN RUMUSAN
– Masukkan fungsi reload secara online ke atas TnG bagi memudahkan pengguna.
– Jangan gabungkan lorong RFID dengan TnG kerena lorong TnG lebih perlahan berbanding RFID.
– Jika lorong RFID digabungkan dengan Smart Tag, lebih praktikal
– Tak perlu mansuhkan mana-mana, kekalkan sahaja kesemua yang ada sebagai pilihan kepada pengguna dan tambah baik.

Tapi kalau nak mansuhkan sangat, mansuhkan tol. Nescaya rakyat akan sayang kerajaan ketat-ketat.
Mesti ramai yang setuju kan?

Dapatkan RFID secara online di di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Siapa faham apa dia tulis? Katanya iklan saya pasal takaful…