Transformasi kewangan: Naskah Financial Independence Retire Early (F.I.R.E)
Walaupun orang nampak dah bercuti di kampung tapi hakikatnya pagi-pagi kena menghadap siapkan manuskrip terbaru yang bakal diluncurkan ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bulan depan.
Naskah kali ini berkenaan topik berkaitan mindset kewangan.
Bab-bab awal ini berkisar pengalaman masa mula-mula grad dulu dan terpengaruh dengan buku-buku tulisan Robert T Kiyosaki. Selain buku ini, ada 2 buah lagi buku yang memberi impak besar dalam kehidupan saya daripada sudut kewangan dan bisnes.
Asalnya nak buat buku adaptasi fokus kepada buku-buku Robert T Kiyosaki, tapi penerbit memaklumkan bahawa ia memerlukan keizinan penulis asal jadi saya usahakan topik buku berbeza. Sebenanrnya manuskrip buku adaptasi daripada penulisan Robert Kiyosaki tu dan siap hampir 100% tapi masih tertangguh penerbitannya.
Lalu saya usahakan naskah dan topik berbeza.
Naskah kali ini adalah menjurus kepada ilmu kewangan yang membantu dalam pembinaan dan pengukuhan gaya fikir dan mindset kewangan yang betul.
Yang membezakan T20 dengan M40 dan B40 bukan sekadar harta tapi cara fikir.
Jika golongan B40 mempunyai gaya fikir seperti T20, sekurang-kurangnya dia dapat mengubah hidup mereka kepada M40.
Doakan saya berjaya siapkan naskah ini hari ini.
Insya Allah jika tiada aral, akan ada 2 title lagi tahun ini, menjadikan total buku tahun ini 4 naskah. Yang sudah diluncurkan sebulan dua lepas bertajuk $IKIT-$IKIT LAMA-LAMA JADI DUIT.
Yang sedang disiapkan ini bakal ditemui ketika PBAKL.
Kalau saya buka pre-order, ramai ke yang berminat? Hehe
Tajuk tak ada lagi, ada cadangan tak?
Tajuk yang terfikir ialah Bina Mindset Wang, mengekalkan akronim BMW tapi macam kurang catchy dan ummph pula. Kalau rakan-rakan ada cadangan tajuk, boleh kongsikan. Kalau terpilih, saya bagi hadiah buku ini kelak. Hehe…
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran