Apa Yang Saya Belajar Dari Robert Kiyosaki

 

Fasa akhir proses penerbitan.

Projek terbaru. Penulisan pengalaman bisnes berdasarkan teori-teori yang dikutip daripada Robert Kiyosaki lewat buku-buku beliau dalam siri Rich Dad Poor Dad.

InsyaAllah, ebook terbaru ini sedang dalam fasa akhir proses penerbitan.

Tajuk sementara yang saya terfikir ketika menekuninya, “Apa yang saya belajar dari Robert Kiyosaki”.

Selepas ajukan kepada partner, beliau cadangkan tajuk yang lebih catchy, “Bapa Aku Kaya!”, dgn sub topik “”Apa yang saya belajar dari Robert Kiyosaki”.

Ada cadangan tajuk lain yang lebih menarik?

Kandungannya berkenaan pengalaman membaca dan mengadaptasi teori dari buku-buku Robert Kiyosaki dalam siri Rich Dad Poor Dad, Cashflow Qudrant dll ke alam realiti bisnes.

Ia bukan tulisan terjemahan. Ia penulisan adaptasi.

Saya dan rakan yang perkenalkan buku ini kepada saya kira-kira 17 tahun lalu muntahkan pengalaman kami ke naskhah terbaru ini.

Ada yang berminat?

Ada cadangan tajuk yang lebih menarik dan catchy?

Komen yang terpilih sebagai tajuk penuh naskhah ini, akan menjadi orang pertama membacanya secara PERCUMA kelak.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi