fbpx

Trend Budaya Berhutang

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 202Words
  • 472Views

Dipetik dari FB Amir Zulkifli

Berhutang telah menjadi seperti budaya. Antara faktor yang menyebabkan kepada budaya berhutang ini adalah :

1. Memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang hakikatnya tidak mampu untuk dipenuhi atau dimiliki.
2. Pengaruh daripada rakan-rakan atau jiran tetangga. Bila dipengaruhi, secara tidak langsung tindakan untuk memiliki sesuatu akan meluap-luap tanpa difikirkan baik dan buruknya walaupun dengan cara berhutang.
3. Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan yang ada. Untuk mencapai sesuatu melibatkan kebendaan dengan cara berhutang.
4. Mudahnya untuk mendapatkan hutang melalui fasiliti dan kemudahan untuk berhutang yang secara tidak langsung menggalakkan budaya berhutang.

Berhutang memang dibolehkan tetapi kena ingat untuk membuat pembayaran balik kepada si peminjam. Adanya wang, terus bayar kepada si peminjam dan jangan dilambat-lambatkan.

Perlu diingat juga, si peminjam juga kadang-kadang amat memerlukan wang bagi menyelesaikan urusan mereka. Tidakkah si penghutang rasa bersalah di waktu si peminjam memerlukan wang, si peminjam berdolak-dalih mengelak daripada membayar wang yang telah dipinjam.
.
Sabda Rasulullah SAW:
Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.
.
.
Amir Zulkifli
INFAQ Consultancy
*Input diambil daripada buku Konsep Berhutang Dalam Islam
*Kredit’ kepada pelukis komik
FB : LEMBUROCK &
INSTAGRAM : @LEMBUROCK98

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
This is INFAQ! ALHAMDULLILAH, INFAQ CONSULTANCY meneruskan tradisi mengekalkan kedudukan…