Tuduhan palsu terhadap Perbankan Islam
Aiseh…. Saya dah nak cukup 100 LO, dia kata taknak live pula. Dia kata nak jumpa face to face pula….
Beginilah, benda ni simple je. Ia bermula dgn tuduhan dia terhadap perbankan Islam haram dan riba. Lalu saya invite untuk live topik yang di tulis iaitu PERBANKAN ISLAM RIBA DAN HARAM.
Kemudian dia blok saya dan letak syarat 100 LO untuk live. Saya sahut cabaran tersebut dan berusaha kumpulkan 100 LO. Dah lebih 50 LO pun berjaya dikumpulkan. Ramai yang support saya terdiri daripada banker, REN dan individu yang pernah beli rumah.
Tiba-tiba dia kata taknak live dan nak jumpa face to face pula. Lepas tu kata nak saman saya 2 juta. Siap call lagi sebab nak saman. Saya alu-alukan saman tersebut.
Selama ini banyak kali saya terima ugutan saman, tapi ini kali pertama pihak sana call untuk beritahu nak saman
Beginilah, jika dia tak melemparkan fitnah terhadap perbankan Islam, benda ini takkan berlaku.
Saya tak ada masalah dengan servis beliau untuk review LO. Nak letak berapa harga pun saya tak ambil pusing. Tapi apabila dia mengatakan bahawa perbankan Islam riba dan haram, maka saya tak boleh berdiam diri.
Saya dah jangka dia takkan terima. Apa yang saya lakukan untuk tunjukkan kepada publik bahawa bangsa anti bank Islam ini tidak ada hujah, palatao, tak ada ilmu muamalat dan penakut.
Dia bukan orang pertama yang saya perangi berkenaan isu ini. Jika dia tarik balik tuduhan tersebut maka kes ini akan selesai dengan baik. Simple.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran