Hospital Swasta Kaut Untung, Rakyat Mangsa

Beberapa orang rakan tag saya dan bertanyakan tentang sebuah video bertajuk “Hospital Swasta Kaut Untung, Rakyat Mangsa”

Terima kasih rakan-rakan yang tag saya di sini.

Dalam video ini, beliau meluahkan perasaan tentang kenaikan mendadak kos perubatan hospital swasta dalam masa sama meluahkan perasaan tentang kenaikan kos takaful perubatan medical card.

Selaku konsultan kewangan dan takaful, secara umumnya saya bersetuju dengan kandungan video tersebut.

Hampir SEMUA yang diluahkan, pernah saya kongsikan di blog afyan.com dan FB sejak lebih 10 tahun lalu.

1. Ejen tak cerita harga medical card naik

Perkara ini saya pernah tegur dia kpd ejen ejen-ejen yang mempromosi medical card dengan mengatakan bahawa medical card mereka takkan naik harga. Malah siap ada yang mendakwa medical card mereka ada simpanan dan pelaburan, 3 dalam 1.

Setiap kali saya membangkitkan isu misleading apabila mempromosi medical card ada simpanan dan pelaburan, pasti akan dikecam teruk. Kini, semuanya berubah

Dari awal mempromosi medical card, saya sudah beritahu bahawa caruman medical card tidak dijamin untuk masa akan datang.

Rujuk posting di sini saya kongsikan status FB tahun 2014 lagi berkenaan isu ini.

Saya tunjukkan contoh klausa salam polisi bahawa kadar caruman adalah tidak dijamin pada masa akan datang.

Untuk klien-klien memang saya ceritakan dari awal bahawa harga medical card tidak dijamin pada masa akan datang dan tunjukkan kandungan polisi kontrak berkenaan perkara tersebut.

Ramai pelanggan yang terkejut sebab tak sangka dan tidak pernah diceritakan oleh ejen lain.

Ada juga ejen yang tak percaya lalu tak jadi langgan dengan saya dan sign up polisi dengan ejen yang kata harga medical card tak naik.

Saya kongsikan detail di sini

2. Caj yang akan dikenakan oleh hospital adalah lebih murah jika bayar cash berbanding menggunakan medical card.

Saya kongsikan dalam artikel tahun 2009 Klik di sini

Dalam tulisan ini saya ceritakan pengalaman peribadi apabila menemani isteri yang dimasukkan ke hospital.

Ketika membuat bayaran di kaunter, saya menyemak bil dan pegawai berkenaan terkejut sebab sebelum itu tak ada pelanggan yang menggunakan medical card menyemak bil.

Sebab apabila menggunakan medical card, tak perlu bayar pun bil dan kalau ada hanya sedikit pada perkara yang tak cover seperti kerusi malas, akhbar dan seumpamanya.

Apabila saya melihat bil yang menunjukkan beberapa item yang tak sepatutnya dicaj, saya ajukan soalan bertalu-talu kepada pegawai berkenaan sehingga beliau tak dapat jawab lalu meminta saya berjumpa dengan doktor yang merawat.

Apabila berjumpa dgn doktor, beliau sendiri mengesahkan bahawa caj yang dikenakan apabila menggunakan medical card akan lebih tinggi daripada bayaran tunai.

Saya sangat terkejut dengan pengakuan doktor tersebut. Selepas discaj saya semak senarai harga dalam website hospital berkenaan dengan apa yang dibilkan ke dalam medical card,

Detail saya kongsikan dalam artikel ini.

3. Apa pilihan yang kita ada sebagai pelanggan?

Pilihan pertama, jika ada bajet lebih boleh langgan polisi takaful untuk income protection dan medical card. Ia sebuah program yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Pilihan kedua, jika bajet terhad, langgan takaful untuk income protection sahaja. Medical card tak perlu lagi jika tak mampu.

Berdasarkan pengalaman saya hampir 20 tahun dalam industri kewangan dan takaful , polisi yang kerap berlaku kenaikan ialah medical card. Portfolio caruman masih belum cukup untuk menampung claim dan inflasi kos perubatan.

Bagi polisi takaful hayat, tak pernah dengar lagi ia berlalu kenaikan mendadak sebagaimana medical card.

Bagi pilihan kedua ini, kita masih ada pilihan untuk hospital kerajaan.
Rujuk: di sini.

Jika ada yang memilih untuk tidak melanggan medical card, boleh pertimbangkan program Gather Care. Ia sebuah program crowdfunding untuk membantu peserta menampung kos perubatan.

Ia BUKAN medical card takaful. Rujuk di sini.

Jemput follow Channel Telegram t.me/AfyanIFP untuk lagi tip-tip kewangan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com


BukuBMW


Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Berhati-hati, gaissss... Sudah beberapa kali insiden sebegini berlaku. Antara pengajaran…