fbpx

Tugas Perunding Kewangan Adalah Seperti Doktor

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 243Words
  • 783Views

Apakah Tugas Sebenar Seorang Perunding Kewangan ?

 

Jika ada pesakit yang batuk datang menemui doktor, adakah seseorang doktor akan terus memberikan ubat batuk?

Sudah tentu tidak sama sekali. Doktor akan diagnos kesihatan pesakit untuk menentukan sama ada batuk yang dihidapinya itu sakit biasa atau ada sakit-sakit lain seperti TB, Asma atau lain-lain.

Dia akan periksa suhu pesakit, kerongkong pesakit, malah jika perlu mungkin tekanan darah dan jantung pesakit. Jadi, setiap sakit memerlukan ubat berbeza-beza. Sudah tentu ubat batuk biasa tidak menyembuhkan pesakit yang sedang batuk kerana TB.

Begitulah halnya dengan perunding kewangan.

Seseorang prospek akan saya “diagnos” terlebih dahulu sebelum mencadangkan “ubat” yang sesuai. Dalam proses diagnos tersebut, sebagaimana doktor, saya akan tanyakan soalan-soalan yang berlegar sekitar kedudukan kewangannya dari segi pendapatan, perbelanjaan, aset, liabiliti dan sebagainya.

perunding kewangan

Dari situ, barulah saya boleh mencadangkan apakah produk yang paling sesuai untuk seseorang prospek.

Jadi, adalah menjadi kesukaran yang amat sangat sangat utk saya reply PM yang berbunyi;

“Tuan, bagi saya quotation. Saya 30 tahun, pekerjaan guru, tidak merokok. Bajet RM200, taknak medical card”.

 

BERMINAT untuk mengetahui lebih lanjut?

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Memahami INCOME PROTECTION PLAN / PLAN PENGGANTIAN PENDAPATAN -…